Ainin Menderita Epidermolysis Bullosa (EB) Sejak Lahir

1 Lot = RM 10.00
3000 Lot Ditawarkan

Adik Ainin menghidap penyakit genetik, kelepuhan dan kerapuhan kulit atau nama saintifiknya Epidermolysis Bullosa (EB) sejak lahir. Penyakit itu mengakibatkan anak kedua daripada empat beradik itu mengalami lepuhan air di mulut, tangan, kaki dan berdepan luka, jika terjadi sebarang geseran. Setiap hari Adik Ainin perlu memakai ‘dressing’, selain tidak boleh kena panas. Kena cuci setiap hari dan baju perlu kena rajin tukar. Selain itu, kini anak bongsunya turut menhadapi penyakit yg sama. Kos rawatan utk kedua-dua anaknya Rm 2500 - 3000 (sebulan) bergantung pada luka. Kedua-duanya dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk pakar kulit.Keadaan terkini kedua-dua anaknya kulit mereka sentiasa luka. Keluarga itu juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang meninggal dunia akibat penyakit sama pada 2013, ketika berusia lima tahun. Hanya anak ketiga, Nik Iman Zaquan, yang normal.




239
Baki Lot Diperlukan
2772
Lot Telah Terbeli
1140
Penderma
 
RM 27,720.00 92.03%

















Organisasi:


MarhaenMY - Nik Melissa Binti Mahadi