Saya dan suami hanya dapat berniaga depan rumah sekarang dan pendapatan sehari pun paling banyak RM100 paling kurang RM15. Kami ada lapan orang dalam rumah. Saya ada dua orang anak kecik dan 2 bersekolah. Dan saya menjaga ibu mentua sakit strok yang perlu minum melalui tiub susu, dan 1 tin tu hanya boleh bertahan tiga hari sahaja. Ibu mentua dah sakit sejak 4 bulan yang lalu. Selain itu, ibu mentua juga ada darah tinggi dan kencing manis dan dia kena cucuk ubat kencing manis siang 3 kali, malam 1 kali. Keperluan untuk anak yang kecil seperti pampers dan susu juga. Kereta pun dah rosak disebabkan banjir teruk dekat Termeloh dan terpaksa jual dekat orang sebab tak mampu nak baiki. Kami hanya ada motor kalau nak pergi ke mana beli barang2. Dan kadang2 harus harus meminjam. Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon bantuan sedikit untuk meringankan beban kami sekeluarga
Tarikh Disbursement:
27/09/2021 : RM2172.50
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)
04/10/2021 : RM1935.00
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)
18/10/2021 : RM15.00
(dana selepas ditolak transaction fees)
25/10/2021 : RM7.50
(dana selepas ditolak transaction fees)
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.