Bantuan Untuk Kelangsungan Hidup Keluarga


Bantuan Untuk Kelangsungan Hidup Keluarga


MarhaenMY - NOR AZURA BINTI NAPIAH
KUALA TERENGGANU, Terengganu
Published: Sep 23, 2021
69.75%
RM 5,580.00 RM 8,000.00


242.0
Baki Lot Diperlukan
558.0
Lot Telah Terbeli
271
Penyumbang
1,390
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
800 Lot Ditawarkan

Dengan rasa rendah diri, mak cik ingin memohon sedikit sumbangan dan bantuan untuk menampung pembelanjaan harian buat mak cik sekeluarga. Mak cik ada 4 orang anak. 3 orang anak masih belajar. Yang sulung dah kerja. Mak cik suri rumah sepenuh masa dan pendapatan suami sangat terjejas sebab pandemik. Mak cik baru lepas operate 2 3 bulan lepas sebab ada ketumbuhan dekat perut. Lepas pembedahan, mak cik terpaksa makan ubat yang doktor bagi selama 6 bulan. Kesan ubat kuat yang sangat sampai badan mak cik letih, lesu dan sakit. Jadi mak cik tak larat nak buat kerja2 berat. Waktu operate doktor saspek ada tibi sebab doktor ambik sampel di apendik cuma tak teruk macam di paru2, dia tak berjangkit. Jadi doktor cuma suruh mak cik makan ubat susulan untuk buang kuman tu. Ubat2 yang mak cik tunjuk tu nama dia pelik2 mak cik tak tahu tapi ubat untuk buang kuman. Maaf mak cik takde gi rawatan, makan ubat sahaja dan ubat dia kuat jugaklah.

 

Sebelum ni mak cik buat kerja menjahit untuk tampung belanja rumah dan tolong suami bayar bil sikit sikit. Duit simpanan pun dah habis guna buat operate sebelum ni. Suami kerja kampung nak bayar yuran anak sekolah. Kalau ada rezeki ada kerja kampung orang panggil, suami mak cik pergi. Kalau ada rezeki lebih biasa suami dapat dalam RM200 RM300 sebulan, cukuplah tampung belanja dapur. Sekarang pun pak cik ade bela ikan kecik2, nak jual tapi takde rezeki lagi sebab takde org beli lagi. Sekarang mak cik tak boleh buat apa2. Keperluan sebulan dalam RM500+ bayar bil air api makan minum. Kalau anak mak cik belajar. Bulan2 pak cik bagi dia RM200 untuk dia orang belanja. Mak cik kesian jugak mak cik tahu tak cukup tapi diorang tak merungut. Alhamdulillah anak2 mak cik tak banyak karenah. Anak makcik yang sulung dulu kerja di selangor. Jaga budok. Sekarang kene buang kerja. Dia tengah cari kerja lain sekarang dan masih takde rezeki lagi. Dulu dia lah banyak tolong mak cik pak cik dan adik2 dia kat sini. Kalau ade rezeki mak cik, terima kasih mak cik ucapkan. Hanye Allah boleh balas jasa orang yang bantu mak cik. Mak cik mendoakan kepada pihak tuan/puan yang sudi membantu kami, semoga Allah mempermudahkan juga urusan kalian dan membuka pintu rezeki seluas luasnya di muka bumi Allah ini. Terima kasih dari pihak mak cik sekeluarga atas kesudian dan keprihatinan pihak tuan/puan.
 

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Hamba  RM10.00
Top Contribution
Aditya  RM200.00
First Contribution
Wa  RM10.00

242.0

Baki Lot Diperlukan

558.0

Lot Telah Terbeli

271

Penyumbang

1,390

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Hamba  RM10.00
Top Contribution
Aditya  RM200.00
First Contribution
Wa  RM10.00