Bantuan Untuk Ibu Yang Bakal Bersalin Lagi Beberapa Hari

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Salam

Saya nak mohon bantuan untuk bayar bil kereta yang tertunggak, sewa rumah, bil api dengan air dan keperluan baby untuk bersalin. Saya ada seorang anak angkat juga yang saya ambik, anak angkat ni anak adik saya sebab adik saya da ramai anak. Masa saya ambik dia saya tak mengandung lagi lepas ambik dia baru saya mengandung dan pendapatan suami masa bulan 1 masih okay lagi. Saya kerja kerani dekat unique selama tempoh PKP saya tak kerja kedai tutup bos tak bayar gaji.

 

Sekarang kedai yang saya kerja dah buka tapi saya dah nak bersalin. Saya kena paksa bersalin 16/10 ni sebab date saya bersalin dah lepas 10/10 tapi sampai sekarang baby tak nak keluar. Jadi sabtu saya masuk wad pagi pukul 8 sebab doktor bagi saya tempoh 6 hari sebelum serah diri ke hospital. Suami saya takde kerja sekarang ni jadi hilang punca pendapatan. Dulu suami saya kerja buat rumah tapi dah 4 bulan takde job. Gaji suami masa ni RM1200. Kereta saya banyak tertunggak, saya loan dengan ELK swasta jadi kena bayar walupun tengah PKP.

 

Rumah sewa kami sebulan RM350. Keperluan asas kami dalam RM400, kereta RM370, barang keperluan anak pampers, susu dan susu dalam RM300. Saya harap kalau ada orang sudi nak bantu kami.




413
Baki Lot Diperlukan
87
Lot Telah Terbeli
41
Penderma
 
RM 870.00 17.4%

















Organisasi:


MarhaenMY -Nik Azma Bt Mohamed