Anak Sakit Skizofrenia, Ibu Strok & Ayah Sakit Kencing Manis


Anak Sakit Skizofrenia, Ibu Strok & Ayah Sakit Kencing Manis


MarhaenMY - FIRDAUSIYAH BT WAPIL
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Published: Oct 18, 2021
76.46%
RM 2,676.00 RM 3,500.00


82.4
Baki Lot Diperlukan
267.6
Lot Telah Terbeli
115
Penyumbang
2,545
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Saya pesakit skizofrenia, saya dah sakit 3 tahun lebih dan sekarang suami tidak bekerja sebab jaga saya, penyakit saya datang tak kira waktu. Sejak dua menjak ni sakit saya kerap datang sehingga lebih kurang 36 jam pernah saya tak dapat tidur malam dan kerap tak dapat tidur malam menyebabkan suami turut tidak tidur dan membuatkan suami tidak dapat pergi ke tempat kerja , sebelum ini suami bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan RM1100 sebulan dan kami tiada simpanan.

 

Saya tidak tinggal bersama ibu/ayah lagi kerana sakit saya, jadi suami bawa saya pindah (kalau sakit saya datang saya akan mengamuk/menangis dengan kuat) supaya tidak mengganggu emosi ibu (kerap menangis melihat keadaan saya). ibu pula sakit strok setahun lebih. Kami suami isteri tidak ada pendapatan buat masa ini . Saya dan suami saya tak ada anak. Ubat yang saya makan dari hospital . Dan doktor sarankan beli ubat di farmasi sebab ubat ni masih tak mampu kawal suara² yang saya dengar (skizofrenia) tapi saya tidak mampu, jadi saya teruskan makan ubat lama dari hospital kuala lumpur sebab saya tak perlu bayar.

 

Saya kena makan ubat ni dua kali sehari. Kalau soal makanan kami bergantung pada ayah buat masa ini (beras&sardin) ikut kemampuan ayah. Sewa rumah tak dapat bayar bulan ini (oktober) , keperluan ibu juga kami tak mampu beri/buat rawatan masa ini (sebelum ini buat rawatan akupuntur). Ibu strok tak boleh bergerak sebelah tubuh dan tidak boleh bercakap. Keadaan ibu semakin membimbangkan (tubuh ibu makin susut). Saya juga ada adik yang masih bersekolah. Pendapatan rumah bergantung pada ayah(ayah tiri) semata. Jadi disini saya minta bantuan untuk bulan ini dari segi kewangan untuk bayar sewa kerana tuan rumah meminta saya bayar sewa dengan kadar segera dan barangan keperluan/rawatan ibu.

 

Update 15 / 08 / 2022

Saya masih lagi perlukan bantuan sebab mak saya masih stroke. Buat masa ni kami hanya perlukan pampers dan tisu basah yang dibeli. Mak saya pakai pampers tena dan tisu basah pelbagai. Dalam sebulan lebih 2 packet mak saya guna dan itu pun kalau buang air banyak kali akan guna lebih juga. Saya dan suami belum lagi bekerja tapi kami ada buat sikit bisnes dari rumah sikit2 untuk tampung perbelanjaan iaitu ambik upah buat bouquet. Jualan bouquet dalam RM50-RM60 paling tinggi. Harga ni dah termasuk costing dan bisnes ni baru buat lepas raya 2022 kami start. Sambutan agak sedikit mungkin sebab baru dan jualan kami dapat tak sampai RM500 kasar. Keperluan asas kami isteri kadang cukup kadang tak.

Read More



Updates




Update 11 / 04 / 23 - 08 / 05 / 23

Sebelum ramadhan 2023 , ayah tiri saya pula berhenti kerja sudah sebulan kerana kaki luka dan semakin bengkak dan busuk  ,, kemudian ke Hospital Kuala Lumpur dan ibu jari kaki kena operate angkara kencing manis, sekarang masih dalam pemantauan (sekiranya ada jangkitan kuman dibahagian lain),, saya ,adik yang masih sekolah ,ibu yang strok dan ayah yang masih belum sembuh sepenuh nya ditanggung oleh suami .. suami baru memulakan pekerjaan dalam dua bulan (1/2/2023) , pendapatan suami hanya mengikut basic terkini .. Suami saya bekerja sebagai security dengan gaji RM1500. Sekarang ibu dan adik tinggal dengan saya di rumah. Ayah tiri ada kena pergi checkup 2 hari sekali kat klinik. Ayah ada dapat bantuan daripada MAIWP RM500 sebulan. Sekarang ayah di rumah adik dia , isnin baru balik sini. 8/5 ayah saya masuk hospital balik dah seminggu warded sebab ada infection.

Read More



Recent Contribution
Zul  RM10.00
Top Contribution
Haziah  RM200.00
First Contribution
Ili  RM10.00

82.4

Baki Lot Diperlukan

267.6

Lot Telah Terbeli

115

Penyumbang

2,545

Pengunjung
Recent Contribution
Zul  RM10.00
Top Contribution
Haziah  RM200.00
First Contribution
Ili  RM10.00