Kos Pembedahan Kaki & Tangan Serta Kehilangan Pekerjaan


Kos Pembedahan Kaki & Tangan Serta Kehilangan Pekerjaan


MarhaenMY - Muhammad Daniel bin Mohd Tajuddin
Rawang, Selangor
Published: Nov 01, 2021
83.47%
RM 7,930.00 RM 9,500.00


157.0
Baki Lot Diperlukan
793.0
Lot Telah Terbeli
242
Penyumbang
689
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
950 Lot Ditawarkan

Salam.
 

Saya memerlukan wang untuk menampung kos pembedahan kaki dan tangan suami saya akibat kemalangan. Dan juga menampung kos hidup selepas diberhentikan kerja selepas suami terlibat kemalangan. Suami saya accident bulan 9. Suami tengah tunggu pembedahan masukkan besi dalam tangan dan kaki. Saya pulak tak bekerja dan ada anak seorang umur setahun. Suami saya bekerja kontrak dgn syarikat makanan kucing, sebagai merchandiser dan sekarang syarikat dia da tak sambung kontrak. Saya sekarang cuma bergantung dekat mak. Temujanji suami ke hospital pun mak yang hantarkan. Mak dapat duit socso daripada arwah ayah. Mak saya pun ada 2 orang lagi anak yang dia kena tanggung berumur 16 tahun dan 4 tahun. Saya pulak usaha cari kerja lain sementara suami tak dapat kerja. Gaji suami masa bekerja RM1500. Saya tak ada minta bantuan daripada mana2 pihak. Keperluan asas kami masih lagi mencukupi, cuma nak cari duit untuk pembedahan suami sahaja. Kos pembedahan suami sebanyak RM4380.

 

Update 10 / 01 / 2022

Setelah sebulan lebih selepas operation haritu, suami saya follow-up dengan Dr di hospital. Tulang tibia masih belum bercantum sepenuhnya. Dr mencadangkan untuk membuat operation lagi sekali tetapi kali ni buat bone graft, dimana tulang pinggul diambil sedikit dan akan ditampal ke tulang yang tidak bercantum. Kami mengambil pilihan untuk tangguhkan dulu pembedahan tersebut disebabkan kos dan juga risiko yang agak tinggi. Dr mencadangkan agar suami saya menggunakan alatan sokongan sementara. Ini merupakan alat sokongan yang dipanggil sebagai orthotic. Alat ni bertujuan untuk menyokong berat badan tanpa mengganggu tulang yang patah mahupun berat di dalam tulang. Suami saya memerlukan alat ini agar boleh bekerja seperti biasa dan dapat menampung kos sara diri kami sekeluarga.

 

Update 11 / 03 / 2022

Luaran luka semua da baik. Saya pulak baru bekerja dengan gaji RM1500. Dan suami jaga anak dirumah. Saya kerja HR di kedai bengkel. Saya ke kerja tu saya tumpang rakan sekerja. Rumah ke tempat kerja dalam 30 minit dan saya bayar rakan sekerja dalam sebulan RM100 untuk transport.

 

Update 30 / 06 / 2022 

Suami saya sudah boleh berjalan, masih lagi follow up dengan fisio. Seminggu sekali. Buat masa sekarang, saya bekerja dan cukup untuk keperluan sekeluarga. Tapi dalam bulan 10, mungkin suami saya akan di operate sekali lagi untuk keluarkan besi.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
ANNESA  RM10.00
Top Contribution
Pentasian  RM2,420.00
First Contribution
Hooman  RM50.00

157.0

Baki Lot Diperlukan

793.0

Lot Telah Terbeli

242

Penyumbang

689

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
ANNESA  RM10.00
Top Contribution
Pentasian  RM2,420.00
First Contribution
Hooman  RM50.00