Suami Sakit Saraf, Isteri Meniaga Kuih Frozen Tampung Keluarga


Suami Sakit Saraf, Isteri Meniaga Kuih Frozen Tampung Keluarga


MarhaenMY - Fazlina bt Yusof
Kuantan, Pahang
Published: Nov 22, 2021
86.66%
RM 3,073.00 RM 3,500.00


46.7
Baki Lot Diperlukan
307.3
Lot Telah Terbeli
139
Penyumbang
1,577
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Saya merupakan Fazlina Bt Yusof berumur 43 tahun. Sebelum ini, saya ada bekerja di kedai makan demi menampung keluarga saya tetapi kini tidak lagi . Suami saya mempunyai sakit saraf yang agak teruk dan hanya mendapatkan rawatan susulan di Klinik Kesihatan Bukit Sekilau yang berhampiran kami sahaja. Saya mempunyai 3 orang anak yang masih belajar, yang sulung berumur 19 tahun dan masih di matrik, yang kedua berumur 14 tahun dan yang bongsu berumur 9 tahun.

 

Saya sekarang mencari makan untuk keluarga dengan membuat kuih-muih frozen iaitu karipap, samosa, satar popia. Saya hantar ke kedai-kedai runcit yang berdekatan sahaja. Kalau boleh saya ingin mencari modal sedikit sebab semua perbelanjaan rumah and keperluan menggunakan untung harian yang saya perolehi daripada menjual kuih-kuih frozen ini. Ada untung siki-sikit beli barang dapur dan juga belanja keperluan. Saya tidak dapat menyimpan langsung , duit yang ada memang cukup-cukup. Suami saya penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300/bulan. Rumah saya duduk sekarang rumah flat sewa dengan MPK sebanyak RM125/bulan.

 

Update 15 / 06 /2022

Alhamdulillah kami sekeluaga sihat. Macam biasa masih buat kuih frozen sikit2.  Buat mini popia pek2 hantar ke kedai2. Terima kasih masih ingat dekat kami. Kesihatan suami sihat.  Tiap2 hari kena makan ubat tak boleh tinggal dan ikut temujanji doktor. Dia kena makan ubat 2 biji setiap hari. Jadi memang kena ikut janji temu doktor selalu. Gambar kuih2 anak saya yang tolong buat. Saya promote kat fb kadang kat status. Saya ada juga buat temose sikit2. Dana yang saya dapat saya ada beli barang tambah stok karipap esok nak wat mini popia. Kalau ada yang nak beli saya boleh contact saya cuma kalau yang dari jauh tu saya tak pasti macam mana nak hantar sahaja.

Read More



Updates




Update 9 / 03 / 2023

Kami masih lagi memerlukan bantuan buat saya nak pusing modal buat mini popia. Dari segi kewangan memang cukup² makan.  Sekarang buat kuih untuk hantar kantin kat KPJ, kuih pagi. Lepas la belanja lauk dan pusing modal. Suami saya sihat2 orang sakit. Dia sama2 dengan saya buat kuih juga dan dia yang akan hantar pagi2 tu. Suami hantar naik motosikal dan tuan kantin tolak 30 per sen untuk kuih. Kami buat kuih ni hari bekerja sahaja. Kalau total dapat berapa jumlah untuk kuih ni memang tak menentu sebab kadang2 ada tak habis. Kalau habis semua dapat RM70 sehari. Kalau tak habis pun sikit² dapat RM50 lebih. kadang RM60 tak tentu. Dan kalau tak habis tu saya bagi je dekat kawan2 tukar2 kuih. Kadang2 ada orang beli yang frozen sikit2. Mini popia pun masih hantar kedai² runcit . Semingu lebih satu kedai boleh dapat RM50 boleh la buat beli barang². Mini popia tu paket² jual RM3, kedai ambik 50sen dan dapat la RM2.50 sebungkus. Buat masa ni ada 3 kedai dah hantar tapi tak habis selalu biasa  satu ke 2 minggu juga baru habis. Suami masih lagi kena checkup 3 bulan sekali dan wajib makan ubat tak boleh tinggal. Ubat pulak ambik tiap² bulan. Anak sulung saya dah tak belajar sebab masalah kewangan. Dia dapat UITM kelatan, dan jauh kami tak mampu. Ssekarang anak tengah cari kerja lagi dan baru ni kerja warung tapi dah berhenti. Kami ada tunggakan bil api air. Sekarang kami dah pindah ke pprt rumah mak mertua sebab dia tingal seorang dan sebab kematian suami. Lepas tu kena strok pulak jadi kena pantau keadaan dia. Makan minum dan pampers kena beli. Tapi rumah kami tu masih ada lagi sebab takut kalau apa2 jadi dekat rumah mak mertua nanti kami tak ada tempat tinggal. Jadi memang kami masih bayar sewa. 

Read More



Recent Contribution
Nurul  RM10.00
Top Contribution
Farah  RM100.00
First Contribution
Syaza  RM10.00

46.7

Baki Lot Diperlukan

307.3

Lot Telah Terbeli

139

Penyumbang

1,577

Pengunjung
Recent Contribution
Nurul  RM10.00
Top Contribution
Farah  RM100.00
First Contribution
Syaza  RM10.00