Kesihatan Suami Merosot, Tidak Dapat Mencari Rezeki


Kesihatan Suami Merosot, Tidak Dapat Mencari Rezeki


MarhaenMY - Khalijah binti Mat Yusof
Machang, Kelantan
Published: Dec 06, 2021
72.29%
RM 2,530.00 RM 3,500.00


97.0
Baki Lot Diperlukan
253.0
Lot Telah Terbeli
96
Penyumbang
2,247
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Assalammualaikum ,

 

Suami saya sakit jantung dan tidak dapat untuk bekerja lagi sejak daripada disahkan menghidap sakit jantung di mana jantung dia tidak dapat berfungi sepenuhnya lagi dan sedang mendapatkan rawatan di hospital Kota Bharu, Kelantan. Pada awalnya suami saya terkena serangan jantung pada bulan 8/2021 di mana doctor sahkan jantung dia tersumbat dan doctor ada mencadangkan untuk melakukan pembedahan tetapi suami saya tidak mahu disebabkan risiko yang bakal ditanggung dan bil hospital untuk masuk ward itu kami tidak berapa mampu buat masa sekarang. Suami saya pernah memasuki ward dan jumlah bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM400 tetapi saya dikehendaki untuk bayar separuh sahaja .

 

Sekarang, hanya saya yang bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga , meniaga nasi berlauk. Sebelum ini suami saya bekerja di kilang papan sebagai somen. Sekarang dia hanya melakukan kerja-kerja kampung sahaja. Saya mempunyai seorang anak yang berumur 11 tahun dan masih bersekolah. Kalau boleh saya hendak menambah sedikit perbelanjaan untuk kami sekeluarga dan untuk saya bayar bil elektrik juga. Saya ada terima bantuan dari JKM sebanyak RM250 sebulan tetapi itu hanyalah untuk bayar sewa rumah sahaja.

Read More



Updates




Update 14 / 07 / 2022

Saya memerlukan dana disebabkan masalah pendapatan saya. Hari tu saya sewa tapak jual nasi berlauk tapi sekarang ni saya dah tak jual nasi sebab jualan saya tak laku dan modal habis. Saya sewa tapak tu dalam RM5. Saya berniaga selama 4 bulan masa tu. Saya dah usaha dan ikhtiar cari kerja tambah pendapatan tapi susah nak dapat kerja tetap hanya part time sahaja. JKM dulu saya dapat RM250 tapi sebab saya tak kemaskini dan tukar nombor telefon jadi kena potong dan saya dah mohon baru JKM alhamdulillah lulus tapi RM150 sahaja. Kami sekeluarga survive macam kami makan apa yang ada, kadang tu ambik makanan di foodbank dekat stesen minyak. Keperluan asas sering terputus di sebab kan saya tiada pendapatan sehingga kan saya terpaksa pindah rumah cari rumah yang murah dan kecik.

Sekarang saya sewa rumah kampung dan sewa rumah sekarang RM200 sebulan. Itu pun ada tunggakan selama sebulan. Untuk bil api air kami ada tertunggak sebulan juga. Saya kerja kedai makan sebagai part time tapi time perlu diperlukan sahaja saya akan dipanggil kerja. Saya dapat dalam RM40. Saya tak ada mintak tolong adik beradik saya sebab dorang pun orang susah juga. Keadaan suami sekarang dia tak boleh nak kerja berat dah. Hari tu ada muntah darah time ada orang minta tolong, kerja yang ringan2 boleh la dia buat macam mesin rumput. Suami ada tarikh temujanji dia pada 7/8/2022 ni.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ariff  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Aina  RM10.00

97.0

Baki Lot Diperlukan

253.0

Lot Telah Terbeli

96

Penyumbang

2,247

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ariff  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Aina  RM10.00