Bantuan Buat Nelayan Yang Tidak Dapat Mencari Hasil Dan Isteri Sedang Sarat Mengandung


Bantuan Buat Nelayan Yang Tidak Dapat Mencari Hasil Dan Isteri Sedang Sarat Mengandung


MarhaenMY - Wilson William
Tuaran, Sabah
Published: Mar 11, 2022
100%
RM 3,620.00 RM 3,600.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
362.0
Lot Telah Terbeli
153
Penyumbang
519
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
360 Lot Ditawarkan

Sebenarnya saya seorang surirumah je sekarang disebabkan sarat pregnant anak ke 5 dah masuk ke 13 minggu dah. Suami saya hanya nelayan sahaja itupun bukan yang ada perahu tetapi suami yang pukat-pukat ikan,cari lokan dan udang di ulu laut .Kami sekelurga tersangatlah memerlukan bantuan sekarang, sebab pendapatan suami makin berkurang, kewangan langsung tak ada, barangan dapur dan keperluan rumah pun tiada.Semalam suami ada mencari walau pun hujan,tapi tu lah laut diulu-ulu kabut,dapat juga sedikit udang dan saya jual dengan jiran dpt untuk beli telor 4 biji , 2 paket Maggi dan ikan bilis sahaja berharga RM2 untuk lauk anak- anak. Anak-anak saya ada 4 orang yang berumur 16 tahun, 13 tahun, 12 tahun dan 6 tahun . Semuanya masih bersekolah . Sudah hampir seminggu kami tak berlauk. Maaf juga sbb menceritakan tentang kehidupan kami ini umpama kais pagi dicari habis kais petang dicari untuk esok.

 

Gas pun kami tak mampu nak isi jadi terpaksa guna kayu api untuk memasak. Barangan dapur semua tiada lagi, tinggal sedikit beras sahaja dan garam. Guna minyak tadi pun minyak yg terpakai untuk goreng ikan. Peti sejuk tiada tempat simpanan lauk. Kadang terpaksa masak sekali sahaja kerana tidak boleh nak simpan lauk. Kadang-kadang saya bantu juga suami cari sayur-sayuran di hutan untuk tambahan tapi tulah sekarang saya pregnant dan doktor tidak benarkan untuk saya banyak bergerak disebabkan saya ada sejarah keguguran sebanyak 2 kali. Due date saya adalah pada 15.9.2022 ini, itupun masih tiada barang yang dapat disediakan kerana tidak cukup duit. Saya utamakan dahulu bil keperluan anak untuk ke pendaftaran pra sekolah dan tingkatan satu lagi. Rumah juga ada tunggakan untuk bil air dan telah dapat notis untuk pemotongan air. Kalau tiada air nanti , terpaksalah kami pergi rumah jiran minta air ataupun guna air hujan dan perigi. Kami sekeluarga tidak pernah dapat mana mana bantuan sama ada dari Baitulmal atau Zakat.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Damme  RM90.00
Top Contribution
Farah  RM400.00
First Contribution
Zuraida  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

362.0

Lot Telah Terbeli

153

Penyumbang

519

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Damme  RM90.00
Top Contribution
Farah  RM400.00
First Contribution
Zuraida  RM10.00