Tulang Belakang Patah Sebab Jatuh Ketika Bekerja


Tulang Belakang Patah Sebab Jatuh Ketika Bekerja


MarhaenMY - Nurul Asyikin bt Ibrahim
Batu Pahat Johor, Johor
Published: Apr 02, 2021
93.35%
RM 35,474.00 RM 38,000.00


252.6
Baki Lot Diperlukan
3,547.4
Lot Telah Terbeli
1654
Penyumbang
3,904
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
3800 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, nama saya Aishah. Saya adik kepada abang saya yang sakit sekarang, nama Nur Aizam. Dulu dia kerja angkat barang dan dari dia buat kerja tu lah dia jatuh and kena sakit tulang belakang tu. Kami pernah dapat bantuan dari perkeso dan zakat tapi tapi tak fully. Masa pergi hospital doktor bagitahu abang kena TB Spine ( TB Tulang Belakang ) dan sekarang abang lumpuh separuh badan. Abang juga ada masalah paru-paru dan sekarang cuma pakai tiub sahaja untuk kencing. Abang buat rawatan dekat Hospital Sultanah Aminah Johor. 

Rawatan yang abang perlu buat ialah dia kena buat operation, lepas tu nak kena duduk dekat JB 2 - 3 minggu untuk rawatan fisioterapi. Bantuan yang saya perlukan ialah perlukan kos rawatan duduk dekat JB, kos rawatan operation, susu, pampers dan ubat-ubatan yang dia perlu ambik. Saya pulak da kahwin dan anak kecil. Sekarang kami tinggal dekat Tongkang Pecah, Johor. Sebelum2 ni memang saya ulang alik Johor-KL semata mata untuk buat rawatan abang sahaja. Jadi banyak duit keluar masa ulang alik ke hospital.

14hb Oktober 2021 abang saya kena buat minor operation sikit untuk ambik sample dari tulang belakang sebab doctor suspect ada nanah. Lepas buat minor operation tu, abang saya akan continue untuk proceed dengan major operation. Date dia masih belum dapat lagi, maybe after minor operation baru dapat date. Buat masa sekarang abang saya cuma depends on ubat injection tb spine. Rawatan yang dia kena buat perlu berterusan yang memerlukan banyak kos. Di mana saya dan suami juga kena bayar keperluan kami sendiri, sebelum ni saya cuma berharap dengan suami sahaja yang bekerja. Jadi saya ambik inisitaif untuk kerja online business untuk bantu tanggung abang saya dan cari pendapatan lebih sikit.

 

Update 23/05/2022

Sekarang abang da okay sikit-sikit tapi tak boleh nak renyah sangat sebab tulang belakang masih belum buat operation. Sekarang memapah sikit tapi risiko lepas operation doktor cakap mungkin abang akan lumpuh semula dan susah nak berjalan.

 

Update 5 / 08 / 2022

Abang saya kena refer pakar Johor Bahru bulan 12 ni untuk discuss operation tulang dia. Buat masa sekarang kita cuma perlukan dana untuk ulang alik hantar abang ke hospital dan klinik disebabkan 2 hari sekali kena pergi untuk ambik ubat tibi dekat klinik. Selepas itu, sedikit keperluan kewangan untuk ubatan dia sedikit. Untuk operation pula, kalau doktor cakap boleh buat operation awal, doktor akan call semula.

Read More



Updates




Update Terkini 

Abang kena refer pakar JB bulan 12 untuk discuss operation tulang. Buat masa sekarang kita cuma perlukan dana untuk ulang alik hantar abang ke hospital dan klinik disebabkan 2 hari sekali kena pergi untuk ambik ubat TB dekat klinik. Selepas itu, sedikit keperluan kewangan untuk ubatan dia sedikit. Untuk operation pula, kalau doktor cakap boleh buat operation awal, doktor akan call semula.

Update 30 / 05 / 23

selamat pagi. minta maaf banyak baru sekarang saya bagi update mengenai abang saya. Hari ni baru jumpa doktor dekat JB. Doktor cakap operation anggaran 35 ribu siap bracket besi untuk menahan dari badan bengkok dan kaki mengeras. Doktor cakap harga tu siap bracket dengan kos rawatan harian. Check up abang dekat setengah tahun sebab pihak hospital JB. Jadi nak ke JB susah doktor bagi tarikh jarak jauh. Lepas ni kena check up 2 bulan sekali. Dan memang ulang alik ke JB. Saya pulak kena ambik cuti kerja untuk hantar abang. Abang ada dapat JKM RM500. Perkeso tak ada sebab abang tak ada caruman. Sekarang ni saya kerja partime jual makanan untuk bantu suami saya. Saya buat penghantar rumah ke rumah, kira macam cash on delivery. Anak2 saya bawa sekali. Dapat tu tak banyak sebab saya tak boleh buat banyak ada anak anak kecik tapi boleh lah buat tolong2 suami bayar sewa rumah. Rumah sewa RM400. Saya memang tanggung dia 100% sebab abang2 saya yang lain tak nak tanggung dia. Kami pernah ada tunggakan sebelum raya 3 bulan tunggak sebab suami tak ada trip kerja. Buat kerja sampingan sahaja sebab tu saya jual jual sikit. Suami pemandu lori. Gaji ikut trip kalau ada kerja ada gaji. Kalau tak ada buat kerja wiring sikit sikit. Dari segi keperluan tu untuk sikit sikit boleh lah. Tak boleh boros macam orang lain. Beli yang perlu saja. Masalah paru paru dia dah semakin pulih sekarang.

Read More



Recent Contribution
Nasuha  RM20.00
Top Contribution
Zaf  RM1,000.00
First Contribution
Anis  RM10.00

252.6

Baki Lot Diperlukan

3,547.4

Lot Telah Terbeli

1654

Penyumbang

3,904

Pengunjung
Recent Contribution
Nasuha  RM20.00
Top Contribution
Zaf  RM1,000.00
First Contribution
Anis  RM10.00