Khajija Tidak Dapat Membaca Dan Ingin Memohon Bantuan


Khajija Tidak Dapat Membaca Dan Ingin Memohon Bantuan


MarhaenMY - Buang bin mohammad
Sri Aman, Sarawak
Published: Apr 09, 2022
100%
RM 3,000.00 RM 3,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
300.0
Lot Telah Terbeli
140
Penyumbang
2,306
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
300 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, nama saya Khajija dan saya seorang suri rumah. Saya ingin memohon bantuan untuk biaya perubatan suami yang tinggi darah dan kolestrol. Sekarang suami tidak dapat bekerja kerana positif COVID-19 dan sakit lutut. Kadang2 dia tidak dapat bekerja disebabkan sakit seluruh badan dan selalu pening kepala. Suami saya bekerja sebagai penggali kubur cina. Dia da kerja selama 2 bulan. Gaji suami saya cuma RM500 sebulan. Manakala saya pulak tidak dibenarkan bekerja dahulu kerana ada alahan asma yang teruk setiap bulan follow up dengan doktor untuk ambil inhaller. Ubat asma saya kena 3 bulan sekali ambil manakala ubat tinggi darah dan kolestrol suami ambil setiap bulan.. Saya pergi ambil sendiri ubat saya dan suami dengan naik motosikal. Jarak rumah ke klinik pun tak jauh, dan setiap kali ambik ubat saya cuma kena bayar RM1.

 

Saya ada dua orang anak berumur 20 tahun dan 16 tahun. Anak sulung saya yang 20 tahun da berkahwin dan tinggal sendiri. Saya mohon bantuan ni pun saya minta tolong anak saya isikan sebab saya tak pandai baca.Anak saya yang sulung ada bagi duit tapi sekarang dia tak dapat nak bagi sebab ada masalah kewangan juga. Anak saya yang 16 tahun masih bersekolah. Rumah kami ialah duduk pun rumah bantuan kerajaan dan memang tiada tunggakan bil. Keperluan asas kami sebulan pulak RM300.Untuk bantuan lain kami ada dapat JKM RM100 sebulan dan juga yang bantuan kerajaan bagi tu. Saya tak mintak lebih cuma perlukan bantuan untuk beli keperluan barang dapur, ubat2 suami dan saya sementara suami saya tak dapat nak bekerja.

 

Update 15/06/2022

Update terkini untuk saya masih menunggu hari untuk ke hospital ambil ubat asma. Suami saya pulak sebelum ni kerja sebagai penggali kubur tapi tidak tetap tuan sebab suami ada sakit dan sekarang dia belum ada kerja lagi sebab masih jaga adik dia yang stroke dekat hospital Kuching. Adik dia di masukkan ke dalam wad icu sebab stroke dan ada masalah usus. Saya masih perlukan dana untuk beli barangan dapur sebab suami memang tak dapat kerja. Suami saya kemungkinan dalam minggu hadapan ada kerja tapi dia tak dapat kerja setiap hari sebab kerja tu naik turun bukit dia juga ada sakit kaki 🙏🏻 Kalau kempen da selesai saya pulak kemungkinan akan kerja dekat kedai makan nanti untuk tampung kehidupan kami. Untuk next appointment saya ialah pada bulan 8 nanti. Saya sertakan resit pembelian barangan dapur, ubat baru dan bil elektrik yang saya guna daripada kempen.

 

Update 24 / 06 / 2022

Whatsapp daripada anak puan Khajija : Assalamualaikum tuan, harap maklum ayah saya dan ibu saya tiada sefahaman lagi. Mereka baru bercerai hari ini tuan 😢 . Sementara ni dia tinggal dengan kakak dia tapi tidak tetap sebab belum ada tempat tinggal yang tetap. Adik pula tinggal dengan ayah tiri. Jika ada dana yang dikreditkan nanti kemungkinan ibu saya akan ambil bilik sewa dan bekerja jual pau tuan 🙏🏻😢 Bilik sewa sebulan RM350 dan kena bayar deposit RM300. Dia sekarang duduk dengan kawan dia dekat Kampung Bakong Sri aman sarawak tuan sebab kakak dia tak bagi dia stay lama2. Saya nak bawa dia tinggal pun tak dapat sebab rumah mak mertua punya. Saya sendiri ada masalah dengan family mertua.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Mohd.  RM20.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

300.0

Lot Telah Terbeli

140

Penyumbang

2,306

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Mohd.  RM20.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00