Ramai antara kita memerlukan bantuan, tapi malu/takut untuk meminta bantuan. Mari kita Kongsi Rezeki Bersama sebagai sokongan kepada mereka yang tidak kenal erti putus asa mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan simpati orang lain.
Team MarhaenMY berharap usaha sebegini dapat menyokong kita sesama rakyat untuk memberikan senyuman kepada semua dan meringankan sedikit beban walau macam mana pun keadaan mendesak kita.
Dengan kempen Kongsi Rezeki #SorangSinggit ini, semua orang boleh bersama menyumbang serendah RM1.
Program Kongsi Rezeki Bersama yang memfokuskan kepada:
Kami mengamalkan konsep "Crowdfunding", bermaksud kami tidak memaksa sesiapa pon untuk membantu. Jika anda ada rezeki lebih, jemputlah berkongsi sedikit dengan yang lain.
Layari Twitter kami di @MarhaenMY untuk dapatkan info terkini mengenai bantuan ini.