Bantuan Buat Keluarga Kecil Kak Lina


Bantuan Buat Keluarga Kecil Kak Lina


MarhaenMY - Norazlina Bt Mohamad
Machang, Kelantan
Published: Apr 18, 2022
83%
RM 1,660.00 RM 2,000.00


34.0
Baki Lot Diperlukan
166.0
Lot Telah Terbeli
45
Penyumbang
1,300
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
200 Lot Ditawarkan

Saya seorang suri rumah mempunyai dua orang anak yang berumur 17 tahun dan 1 tahun . Suami saya baru bebas dari penjara dan masih mencari kerja tetapi sehingga kini masih tiada peluang pekerjaan dan tidak dipanggil dari mana mana syarikat. Saya memerlukan bantuan dari segi membeli barang dapur, barang baby dan kewangan untuk membayar bil tunggakan. Setakat ni, suami saya hanya melakukan kerja-kerja kampung sahaja seperti mesin rumput dan baiki paip yang rosak dan pulanggannya tidak cecah RM50/hari pun. Itupun kalau ada kerja, kalau tiada maka kami anak beranak tiadalah sebarang pendapatan. Sewa rumah sebulan dalam RM300 tetapi telah tertunggak sebanyak 3 bulan kerana tidak mampu untuk bayar.

 

Saya amat memerlukan bantuan untuk barang dapur disebabkan beras saya pun sudah tiada dan baru sahaja habis tadi. Pampers susu anak iaitu susu dugra Langkah 2 dan duit untuk saya bayar sewa. Pembayaran sewa biasanya dilakukan secara cash atau saya akan beri sendiri kepada tuan rumah setiap kali tuan rumah datang kutip. Sebelum ni saya bekerja di kedai makan tetapi terpaksa berhenti disebabkan anak yang masih kecil dan tiada orang yang dapat menjaganya. Anak yang sulung pula sekolah dan bakal menduduki spm pada tahun ini. Kalau untuk keperluan anak sekolah pula, saya perlukan pakaian seragam sekolah as keperluan untuk anak saya.

 

Update 23 / 06 / 2022

Suami masih belum dapat kerja yang betul tetap. DIa kerja kampung ikut orang. Kalau ada ganti orang dapat la dia kerja. Sebelum suami dapat gaji, saya pinjam dulu dengan kawan atau adik beradik untuk teruskan hidup. Sebelum dapat gaji saya pinjam dulu duit dekat adik beradik atau pun kawan. Bil api dalam RM100  tertunggak dan bil air RM100 juga tertunggak. Rumah sewa tertunggak da 5 bulan termasuk bulan ni. Dulu saya dapat dana saya guna bayar rumah sewa sebulan lepas tu saya guna untuk beli keperluan dapur dan beli pampers untuk anak saya. Mujur tuan rumah faham. Saya ada juga guna buat bayar hutang2 yang saya pinjam kat kawan-kawan masa suami saya tak ada. Lepas tu masa dapat BKM tu saya bayar lagi sebulan tapi tu lah masih ada tunggakan sebab tak dapat bayar penuh.

Read More



Updates




Update 8 / 05 / 23

Saya sekarang dah tak ada rumah, sekarang saya tumpang rumah kawan. Saya memang perlukan bantuan. Kami kena keluar sebab tuan rumah nak roboh rumah dan dia nak buat rumah baru. Barang2 pun masih ada lagi dekat rumah tu. Saya memang suri rumah dan suami bekerja kampung, kerja buruh. Kerja dia tak menentu dengan cuaca sekarang. Gaji pun tak tentu, kalau ada kerja baru ada gaji. Gaji suami RM60 sehari. Suami ada cari kerja lain juga tapi belum ada rezeki lagi.

Read More



Recent Contribution
Anis  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Alya  RM10.00

34.0

Baki Lot Diperlukan

166.0

Lot Telah Terbeli

45

Penyumbang

1,300

Pengunjung
Recent Contribution
Anis  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Alya  RM10.00