Sedekah Makanan Ibu Tunggal dan Kanak-Kanak Yatimnya


Sedekah Makanan Ibu Tunggal dan Kanak-Kanak Yatimnya


ACT Foundation
South Jakarta, Kuala Lumpur
2.5%
RM 250.00 RM 10,000.00


975
Baki Lot Diperlukan
25
Lot Telah Terbeli
12
Penderma
189
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1000 Lot Ditawarkan

Bilangan anak yatim di Indonesia terus meningkat, dalam setahun terakhir terdapat lebih 28,000 kanak-kanak yang menjadi yatim. 4 juta kanak secara keseluruhan. Realiti ini membuat ramai ibu yang tiba-tiba menjadi pencari nafkah tunggal kerana ditinggalkan suami. 

Namun, duka tersebut tidak membuat mereka larut dalam kesedihan. Ramai kisah ibu tunggal, wira keluarga, yang tetap semangat bertungkus-lumus membesarkan anak-anaknya dengan segala tenaga dan usaha terbaik. Sebarang kerja yang terhasil akan diusahakan tanpa jemu demi kebutuhan keluarga terpenuhi.

Kisah Para Ibu Tunggal, Sang Wira Keluarga

Seperti kisah ibu Tati, seorang ibu tunggal berusia 49 tahun yang harus menanggung 5 anak. Selepas suaminya meninggal dunia, Ibu Tati keseorangan sebagai pencari nafkah. Ia lakukan semua pekerjaan walaupun menjadi pemandu teksi motosikal. Sayang, pendapatan tidak mencukupi untuk membeli keperluan hari-hari keluarganya.

Selain itu juga dirasa oleh Ibu Faridah, seorang ibu yang juga menggantungkan hidupnya dari pemandu teksi motosikal. Umurnya yang tidak muda dan kerap alami sakit kerap meghalang ia mencari rezeki.

·         Pun berlaku pada keluarga adik Andika, anak yatim yang keadaan keluarganya tidak berada. Bukan sahaja menjadi tulang belakang keluarga, ibu Andika terpaksa menyara nenek Andika yang OKU golongan buta. Banyak sangat keperluan yang mesti dipenuhi seperti makan, perubatan, bayar elektrik, yuran sekolah, dan lain-lain.

Jadilah talian hayat mereka!

Bertolak dari semangat mulia para Ibu tunggal, wira keluarga, yang mahu melakukan apa sahaja demi penuhi kebutuhan keluarganya. Ayuh, sama-sama berikan sedekah terbaikmu! Bantuanmu boleh meringankan kesulitan mereka. Jadilah talian hayat mereka!

Dana yang dikumpul akan diagihkan dalam bentuk pakej makanan. Pakej makanan berisi: beras, minyak masak, gula, sardin, telur, susu, biskut, etc, RM 130 /pakej, dapat untuk memenuhi keperluan mereka selama 2 minggu.

Marilah berkongsi kebahagiaan dan kemudahan. Terima kasih, doa ikhlas dari ACT Foundation dan benefisiari untuk anda yang senantiasa menderma.

Read More


Recent Contribution
Itqan Zulkiflee  RM10.00
Top Contribution
Maz  RM60.00
First Contribution
Uj  RM10.00

975

Baki Lot Diperlukan

25

Lot Telah Terbeli

12

Penderma

189

Pengunjung
Recent Contribution
Itqan Zulkiflee  RM10.00
Top Contribution
Maz  RM60.00
First Contribution
Uj  RM10.00