Menginap Di Pondok Kebun Sementara Menunggu Pekerjaaan


Menginap Di Pondok Kebun Sementara Menunggu Pekerjaaan


MarhaenMY - Junaidah Binti Adib Rahim
Hulu Langat, Selangor
Published: May 23, 2022
74%
RM 2,960.00 RM 4,000.00


104.0
Baki Lot Diperlukan
296.0
Lot Telah Terbeli
114
Penyumbang
3,259
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Saya baru sahaja kehilangan pekerjaan sebagai seorang installer sticker di Shah Alam Selangor, sejak sebulan yang lepas. Gaji saya yang sepatutnya dibayar penuh, tidak dibayar dan menyebabkan saya dihalau daripada rumah sewa akibat tidak mampu membayar tunggakan sewa sebanyak 3 bulan . Suami saya pun mempunyai nasib yang sama, dibuang kerja dan tidak dibayar gaji. Kami mempunyai 5 orang anak yang masih lagi bersekolah iaitu 16 tahun, 15 tahun, 14 tahun, 12 tahun dan 10 tahun. Kami anak beranak telah keluar daripada rumah sewa sejak daripada hari raya baru ini. Lebih kurang nak dekat sebulan suami dan saya duduk di pondok, dan anak anak masih di rumah mertua di Gombak . 

 

Setakat sekarang , saya dan suami ditumpangkan di sebuah pondok kebun ibu mertua saya di Hulu Langat, Selangor , sementara kami mendapat pekerjaan yang tetap dan dapat berpindah ke rumah sewa yang lain . Agak susah untuk saya mencari pekerjaan kerana kami tidak mempunyai sebarang transport untuk bergerak ke sana sini. Anak anak saya semua tinggal di Gombak , rumah ibu mertua saya tetapi sekarang pun ada sedikit konflik di mana keluarga tidak berapa suka akan kehadiran anak anak saya di rumah itu, sebolehnya mereka dikehendaki keluar daripada rumah ibu mertua saya akan tetapi saya suami isteri masih tiada kerja . Kami tidak pernah mendapat atau meminta mana mana bantuan sebelum ini.


Update 10/06/2022

Alhamdulillah, saya dan anak3 dah dapat tempat berlindung.. Cuma still strugle.. Sekarang kami beranak tinggal dekat Semenyih, baru seminggu pindah sini.. Untuk deposit rumah ni saya dan suami terpaksa pinjam duit kawan yang baik nak tolong sebab kena bayar dalam RM3k lebih (2+1).. Saya dan suami masih belum start bekerja lagi.. Kami suami isteri buat upah pasang sticker ke rumah2.. Buat masa sekarang customer ada cuma tak ramai sebab tak ramai yang nak kan khidmat service rumah ke rumah.. Untuk keperluan asas, alhamdulillah Allah permudahkan rezeki kami.. Sebelum ni saya dan suami memang buat sticker cuma sebelum ni saya ambil sub kedai sebelum covid.. Dah 6 tahun saya dari sebelum perkahwinan kedua saya.. Anak2 saya semua hasil dari perkahwinan pertama, untuk suami sekarang belum ada rezeki lagi..

Untuk keperluan anak2 memang saya masih memerlukan cuma sekarang anak2 tengah bercuti.. 3 orang anak saya duduk dekat asrama anak yatim dan miskin.. Seorang anak saya sebulan dah tak sekolah sebab saya dalam masalah.. Dan juga tak ada transport untuk buat pertukaran sekolah anak.. Saya ada kereta cuma kereta saya accident 6 bulan lepas.. Kereta masih dekat bengkel dan belum ada rezeki nak keluarkan dari bengkel.. Buat masa sekarang saya pinjam kereta mak mertua untuk bergerak.. Tapi kena pulangkan balik bila mak mertua mintak sebab mak mertua nak guna untuk hantar cucu2 nya pergi sekolah.. Untuk pendapatan saya dan suami pun tengok pada customer.. Sebab kami tak ada transport untuk bergerak jadi agak susah untuk saya cari rezeki.. Bila buat service rumah ke rumah memang perlukan transport.. Macam bulan lepas alhamdulillah saya boleh beli makan untuk anak2.. Bulan lepas pendapatan dalam RM1800 belum tolak modal sticker lagi..

 

Update 7 / 07/ 2022

Rumah sewa di semenyih bulanan RM850. Sekarang saya masih tidak berkerja tetap. Hanya ambil upah pasang sticker sementara. Masalah untuk saya ialah kereta saya di bengkel exciden 6 bulan lepas masih belum keluar. Saya masih tak mampu nak keluarkan kereta saya. Sekarang saya pinjam kereta mak mertua produa kelisa yang conditionnya juga rosak gearbox untuk kami bergerak buat kerja. Saya tak cukup duit untuk bayar sewa rumah sekarang. Memandangkan kami masih belum berkerja tetap. Cuma sy memerlukan dana tambahan. Anak saya baru dapat berpindah ke sekolah baru dan saya banyak habiskan dekat sekolah baru anak. Jadi terpaksa tunda bayar rumah sewa. Bisnes sticker kami agak kurang orang sebab kereta tak ada.

Read More



Updates




Rumah sewa Puan Junaidah sekeluarga duduk di Semenyih awal bulan June 2022

Update 9 / 03 / 23

Wsalam, saya masih amat memerlukan. Saya masih dengan keadaan dulu. Sewa rumah dah 3 bulan tak bayar. Bil api dah tertunggak RM500++.  Kami tengah mencari kerja dan masih belum dapat. Ada customer buat wrapping kereta sikit2 dan ambik upah pasang sticker untuk kami survive. Boleh dapat dalam RM700 macam tu. Nak buat grab tak boleh sebab kereta kancil dan grab tak terima dan motor pun tak ada. Ni pun saya tengah cari duit untuk beli buku sekolah dan yuran sekolah anak2. Ada lebih lepas bayar rumah dan kalau tak ada lebih tu yang rumah tertunggak. Dulu pernah mohon bantuan tapi ditolak dan saya cuba untuk mintak bantuan lagi ke zakat untuk rumah sewa. Bantuan kerajaan dapat yang BRIM tu sahaja. Sekarang kami memang dah putus bekalan makanan dan banyak kali juga saya ikat perut. Kadang pihak surau bagi bantuan beras. Anak2 time cuti sekolah baru ni saya ikhtiarkn beras untuk diorang. Saya ada adik beradik tapi semua tak dapat nak bantu sebab susah juga. Kadang adik ada tolong bagi RM50. Saya minta dengan bekas suami untuk makan anak2 pun bagi RM50 je untuk beli beras dan telur. Saya meminjam sana sini buat anak2 makan. Bila anak2 masuk asrama saya lega sikit. Yamg tinggal dengan saya ada 2 orang umur 17 tahun dan 15 tahun. Anak saya yang 17 tahun tu dah berhenti kerja dan juga masih mencari kerja. Banyak tempat tak nak terima sebab dia ada UPSR sahaja. Even minta kedai makan pun tunggu kena panggil tapi belum lagi. Suami saya ada buat live tiktok juga, kadang dapat la beli makan sikit. Dapat tak banyak kadang RM35, kadang RM50. Boleh lepas bayar bil api air. Kami dah temu duga semua tempat yang wrapping kereta sebab tu sahaja pengalaman kami. Macam saya tak ada SPM cuma ada PMR tu pun tak lulus. Saya ada minta kilang tapi kena kelulusan SPM.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nadi  RM10.00
Top Contribution
AA  RM250.00
First Contribution
Zul  RM100.00

104.0

Baki Lot Diperlukan

296.0

Lot Telah Terbeli

114

Penyumbang

3,259

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nadi  RM10.00
Top Contribution
AA  RM250.00
First Contribution
Zul  RM100.00