Assalamualaikum,
Sejak pkp saya tak dapat berniaga sangat. Perniagaan yang saya jalan slow sangat.Sekarang saya baru boleh mula berniaga tapi barang-barang niaga saya sudah yang lama-lama sebab saya jual bundle.Sebelum ini pendapatan tak menentu da kena pulak pkp habis modal perniagaan saya.Saya ingin mengambil barang baru tapi modal tidak mencukupi kerana baru mula berniaga. Perniagaan ini je boleh menampung saya dengan isteri untuk terus kan hidup.
Saya berniaga pakaian terpakai di pasar malam.Saya niaga kat Sungai Besi dua kali satu tempat yang sama kat Taman Ehsan Kepong dan lagi satu dekat warta lama Selayang kat pasar borong dengan pingiran Batu Cave.. Pendapatan tak tentu juga dalam angaran seribu lebih.. Saya hidup memang berniaga je. Saya niaga dah lama dah dari tahun 90an lagi tapi niaga dulu okay, yang buat saya habis modal ialah masa pkp ni.. Saya harap ada orang sudi bantu saya sebab kerja saya hanya berniaga je.Masa modal tak ada saya ambik upah bawak van hantar barang orang, jadi dari situ saya ada modal sikit tapi tidak mencukupi dengan harga bundle yang lebih elok. Satu hari seratus ringit tapi itu pun bukan setiap hari orang panggil..
Saya sudah berkahwin (53 tahun) dan dikurniakan 2 orang anak.Anak yang sulung umur 30 tahun dan yang no 2 29 tahun tapi semua dah kawin. Nak minta bantuan dengan anak pun anak-anak semua ada tangunggan masing-masing.Dengan berniaga ni lah untuk menyara hidup kami bertiga (isteri & seorang cucu) sebab itu kami perlukan modal.. Saya nak tambah barang jualan, ada modal lebih dapat lah saya beli barang yang gred A dan boleh jual dengan laku sikit..Saya bela cucu sebab cucu tu saya jaga dari kecik lagi. Mak bapak cucu saya ni dah berpisah jadi saya ambik dan jaga dia lah.Saya ada bantuan bulanan sewa rumah RM400 sebulan. Kalau saya dapat modal untuk saya beli barang yang bagus, jualan saya pun okay. Sekarang saya jual barang yang orang bagi yang orang dah tak nak. Saya harap platform ni dapat bantu saya..
Kami sangat2 berterima kasih. Saya tengah order barang dan nanti barang sampai saya tunjukkan kepada tuan 😁👍 Ni barang baru buka tadi tuan 😁 bila ada barang baru. Niaga pun Alhamdulilah. Insya allah 😁👍🤲 Sekarang ni saya tengah gred kan yang mana boleh jual dengan ada harga dengan yang harga RM5.
Salam tuan. Saya sekeluarga sangat berterima kasih pada tuan dan pada marhaaenMy kerana beri bantuan modal pada saya. Alhamdulilah saya dapat masuk barang baharu dan perniagaan saya agak laku. Terima kasih tuan sekali lagi 😁 Ini semua barang baru, modal dari pihak tuan. Kalau tak ada pihak tuan bantu saya. Entah macam mana saya nak niaga. Terima kasih sekali lagi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.