Diberhentikan Kerja Kerana Majikan Tak Terima Ada Sakit Mental


Diberhentikan Kerja Kerana Majikan Tak Terima Ada Sakit Mental


MarhaenMY - Nor Afiqah Syahzani
Seremban, Negeri Sembilan
Published: Jul 05, 2022
100%
RM 5,000.00 RM 5,000.00


0
Baki Lot Diperlukan
500
Lot Telah Terbeli
161
Penyumbang
3,592
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya seorang suri rumah dengan dua anak kecil, perempuan 4 tahun dan lelaki 2 tahun dan sedang sarat mengandung due date 5/8/22. Suami saya telah hilang pekerjaan sejak 3 bulan lepas kerana penyakit Bipolarnya. Dia tidak dapat mengawal dos yang tinggi dan sering kali tersepit antara berhenti mengambil ubat supaya tak tidur panjang atau pun ambil ubat kerana celaru emosi. Suami ada dapatkan rawatan dekat psikiatrik seremban dan sekarang dia memang on off ubat. Kami dalam dilema kalau tak jujur tentang sakit suami nanti dia akan ada masalah dekat tempat kerja takut orang tak nak ambil dia kerja. Dia ada appoinment untuk 2 minggu sekali. Tapi suami saya dia buang semua surat sebab dia kata dia nak stop ambil ubat. Kalau dia ambil ubat dia tak boleh kerja. Tapi ini memang antara ubat yang dia ambil benzhexol, lithium carbonate and lagi 3 jenis ubat dia da buang sebab dia nak kerja. Ini dos ubat yang dia kena ambil setiap kali.

Selalunya dia akan tidur sampai 12-13 jam sebab side effect ubat. Kalau dia tak makan ubat dia akan suicide dan meracau tapi disebabkan dia nak kerja dia buang semua berkaitan dengan ubat. Rumah kami tertunggak 2 bulan dan motor juga tertunggak 6 bulan dan memang tiada pihak yang dapat menolong. Sekarang motor pun nak kena tarik. Saya mohon sangat bantuan, motor tu satu-satunya cara kami bergerak, RO baru saja dikeluarkan. Dan tukang tarik minta RM100 seorang untuk bincang tepi. Kami terpaksa bayar RM300 sebab tukang tarik datang 3 orang. Jadi duit BKM kami dapat dah habis sebab nak selamatkan motor. Sewa bulanan kami RM900 dan kami tertunggak 2 bulan jadinya RM1800. Motor sebulan RM202, tunggakan sebanyak RM12++. Pampers dan susu anak kami dapat beli dengan baki daripada bayar duit motor kena tarik, tapi sekarang kami memang dah habis bekal makanan. Sekarang memang dah tak ada duit langsung, last kami beli beras dan telur untuk makan bulan ni.

 

Sebelum ni suami kerja CU Mart. Saya pulak sebelum berhenti kerja saya kerja sebagai pembantu kedai runcit. Suami saya baru sahaja dapat kerja dan terpaksa tipu majikan baru kalau tak memang tak ada yang nak terima dia kerja disebabkan kami fikir bekalan makanan kami sudah nak terputus. Susah dia nak kerja dalam keadaan semua orang tak boleh terima kesihatan mental dia. Kami memang sudah sebulan kami berjimat dengan makan telur kicap dan nasi sebab susu anak anak dan pampers perlu diutamakan sekarang kami buntu kerana susu dan pampers anak anak pun kami terpaksa catu untuk pastikan bekalan cukup. Anak saya minum susu dugro step 2 dan step 4. pampers pulak size L dan XL petpet. Saya nak bekerja balik untuk menampung keluarga pun tak dapat kerana saya tidak mampu untuk menghantar anak anak ke pengasuh sedangkan kami berhutang dengan tuan rumah dan bank. Jadi bila suami saya hilang kerja kami hilang pendapatan. Saya sedih sangat sebab saya nak bersalin kurang dalam sebulan lagi. Saya tak mampu beli keperluan untuk anak yang bakal lahir sebab kami ada hutang dan kami selalu dahulukan makan minum anak anak. Kami memang tak ada tempat bergantung, simpanan kami habis terjejas sebab suami ada masalah.

 

Sekarang dia kerja dekat kedai vape. Untuk permulaan 3 bulan gaji dia RM1200. Lepas bulan ke empat baru naik RM1300. Kedai vape tu dekat dalam 1 km dari rumah jadi dia plan nak jalan kaki nak jimat duit minyak. Lepas dia dapat kerja baru ni, dia tekad untuk stop makan ubat kali ni tapi saya tak nak dia stress, tambah pula saya tengah hujung hujung nak bersalin. Saya tak pernah mohon mana-mana bantuan dan ini pertama kali saya mohon. Untuk mintak tolong keluarga pula, ibu mentua saya bukan orang yang senang jadi kami tak minta tolong dari pihak dia. Keluarga saya dah stop contact saya sejak 4 tahun yang lepas. Untuk dokumen sakit suami sebelum ni memang ada gambar surat refer doctor, appointment dan kad kuning dekat telefon saya tapi telefon tu dah jual, selain daripada memang dia dah buang semuanya. Suami sakit sejak bulan 11 tahun lepas. Condition dia teruk pernah warded untuk 3 minggu masa hujung tahun sampai tengah bulan 1. Dia diagnose bipolar sebab stress. Kami pasangan muda dan mungkin sebenarnya dia tak dapat handle pressure. Masa suami tak bekerja tu saya ada simpanan dalam RM500 kami survive dengan duit tu sahaja untuk 2/3 bulan. Untuk bil api air kalau lebih RM100 baru tuan rumah minta bayar. So bila suami tak makan ubat selalunya saya memang tak bagi dia stress. Kalau apa apa just bagi dia tidur. Itu sahaja yang boleh tolong setakat ni. Kalau kat tempat kerja saya tak tahu sebab suami cakap dia boleh handle sendiri. Kami harap ada pihak sudi membantu, sampai suami dapat gaji pertamanya hujung bulan hadapan.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Hazirah  RM10.00
Top Contribution
Afif  RM500.00
First Contribution
Mohamad  RM30.00

0

Baki Lot Diperlukan

500

Lot Telah Terbeli

161

Penyumbang

3,592

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Hazirah  RM10.00
Top Contribution
Afif  RM500.00
First Contribution
Mohamad  RM30.00