Suami Sakit Usus, Hilang Punca Pendapatan Sepenuhnya Sejak 2020


Suami Sakit Usus, Hilang Punca Pendapatan Sepenuhnya Sejak 2020


MarhaenMY - Nurie Azzarina Noor Abdullah
Papar, Sabah
Published: Jul 25, 2022
57%
RM 2,290.00 RM 4,000.00


172.0
Baki Lot Diperlukan
229.0
Lot Telah Terbeli
92
Penyumbang
4,837
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya Nurie dan seorang suri rumah sepenuh masa ingin memohon bantuan buat suami dan untuk kami 4 beranak yang sering terputus bekalan makanan dan kewangan. Anak saya berumur 13 tahun dan 14 tahun. Maaf sebab saya memohon bantuan ini kerana suami saya tidak dapat bekerja akibat sakit usus dan kerap kali diserang sakit perut yang teramat dan kerap kali juga keluar masuk hospital, kadang² tidak dapat juga pergi review sebab masalah kewangan. Suami dah sakit sejak 2017. Dia kerap diserang sakit perut jika angkat berat, buat kerja penat2 dan jika salah makan. Dulu suami memang bekerja dan suami start tidak dapat kerja dari tahun 2020 sebab dia kerap masuk hospital. Dulu dia bekerja sendiri macam ambik order dari bank untuk tarik kereta orang yang tidak bayar. Gaji suami masa tu dalam RM800. Lepas tahun 2020 suami tidak dapat bekerja kami memang mengharapkan dari bapa mama mertua saya yang juga berpencen dengan pendapatan tidak seberapa dan juga ada faktor kesihatan. Mertua memang tinggal sekali dengan kami. Saya mencuba nasib mohon bantuan dekat marhaen saja dan andai bukan rezeki saya pun saya faham sebab situasi saya masih boleh ditanggung oleh pihak mertua biar pun hanya ala² kadar sahaja.

Kami duduk rumah sendiri dan hanya perlu bayar bill api dan air sahaja. Tapi semua dijelaskan oleh mertua dan ipar² yang juga sudah berkeluarga. Anak² masih bersekolah dan kerap juga tidak hadir ke sekolah akibat masalah kenderaan dan kewangan ( tiada duit belanja ), kadang sya terpaksa tebalkan muka untuk berhutang demi membeli beras, makanan basah buat masak. Saya ada juga join buat bisnes online yang share viral untuk promote jualan seller itu pun on off. Kadang orang nampak rumah cantik² orang selalu sangka orang senang² nak mohon bantuan, tapi sebenarnya kami memang susah, gaji kadang kerap tidak sampai hujung bulan dah habis sampai kekurangan bekalan makanan dapur dan duit utk belanja budak pergi sekolah. Suami saya sekarang tengah alami kesakitan pada perut sepertinya usus yang bocor najis sudah bercampur dengan air kencing. Suami saya pun ada berubat secara kampung juga. Suami saya ada kena makan ubat dan ubat tu beli dekat farmasi hospital. Semoga ada Hamba Allah yang sudi merenungkan nasib saya dan keluarga dan saya doakan agar penderma² sentiasa dimurahkan rezeki. InsyaAllah. Aamiin.

 

Update 1 / 10 / 2022

Sekarang makan pun susah sudah, serba kehabisan. Suami masih belum bekerja lagi sebab kerap sakit. Saya ada mohon bantuan JKM dan mereka dah datang rumah untuk interview tapi belum ada lagi kelulusan. Last jumpa doktor 4.9.22 dan buku appointment macam tertinggal dekat hospital sebab cari tak jumpa. Sekarang saya sendiri pulak kebna suspek sakit usus sebab susah buang air besar. Saya start check up 29.9.22.

Read More



Updates




16 / 01 / 2023 

Suami alhamdullilah, sakit dah dah kurang berbanding sebelum ni. Disebabkan sekarang saya pulak sakit, saya langsung tak boleh buat kerja, perut sakit. Asal angkat yang ada berat². Yang ringan² saja boleh. Mungkin sebab baru lagi jalani colonoscopy. Sekarang saya stress sebab minggu depan anak² kena bayar yuran sekolah. Kami langsung tak ada saving. Suami pulak tak dapat kerja sangat sebab kerap pengsan. Hari tu ada kerja kat bengkel kereta tapi tak lama sebab sakit dia datang balik. Berapa kali saya checkup tu tak tentu tapi nanti untuk 20-21 Mac ada lagi untuk colonoscopy. Saya kena diagnos sakit ni bulan 9 tahun lepas. Saya sakit perut yang kuat, muntah², sakit kepala dan badan lemas. Saya pergi emergency dan di situlah saya tahu saya sakit. Saya sebelum tu ada sembelit dari tahun 2010, tapi saya tak lah kisah sangat dan tahun lepas bulan 9 tu lah saya rasa sangat teruk. Masalah pembuangan najis besar saya sangat lama, sampai kadang 2 minggu baru dapat membuang, itu pun tengok juga kadang lebih lagi. Saya pergi checkup tu pagi tumpang jiran yang nak pergi kerja dan balik naik bas. Kos saya dalam RM10. Kalau makan tu, ada dapat bantuan biasiswa anak saya jadi kami guna duit tu untuk beli barang dapur sikit. Kalau betul tak ada duit tu memang minta tolong adik beradik. Biasiswa tu dapat RM350 untuk anak saya umur 13 tahun dan 14 tahun tapi seorang saja yang dapat ni. Permohonan saya dekat zakat dah lulus sebanyak RM200. JKM saya tak dapat.

Read More



Recent Contribution
Husna  RM10.00
Top Contribution
Farah  RM500.00
First Contribution
Zul  RM10.00

172.0

Baki Lot Diperlukan

229.0

Lot Telah Terbeli

92

Penyumbang

4,837

Pengunjung
Recent Contribution
Husna  RM10.00
Top Contribution
Farah  RM500.00
First Contribution
Zul  RM10.00