Ibu Tunggal Yang Terbeban Dengan Ekonomi


Ibu Tunggal Yang Terbeban Dengan Ekonomi


MarhaenMY - Norhayati Binti Abdurahim
Sri Aman, Sarawak
Published: Aug 23, 2022
18%
RM 630.00 RM 3,500.00


287.0
Baki Lot Diperlukan
63.0
Lot Telah Terbeli
24
Penyumbang
1,650
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya seorang ibu tunggal dengan seorang anak yang berumur 11 tahun. Saya tidak pernah berkahwin dan anak saya lahir anak luar nikah. Saya dan anak menyewa bilik dengan kadar sewa RM300 sebulan. Anak saya masih bersekolah. Sekarang saya hanya bekerja sambilan sebagai pembantu kedai dan hanya bekerja beberapa hari dalam seminggu dengan gaji RM40 sehari. Saya dah bekerja selama 3 tahun tapi di sebabkan keadaan ekonomi merosot sekarang, kadang tu dalam seminggu hanya 4 hari sahaja saya pergi kerja. Saya mengalami kesukaran untuk membayar sewa bilik disebabkan kos perbelanjaan harian dan juga belanja sekolah anak saya. Sekarang bilik sewa saya sudah tertunggak sewa selama 2 bulan. Dengan kenaikan harga barang, saya dan anak saya terpaksa ikat perut kadang-kadang kerana tidak cukup duit untuk perbelanjaan dapur. Saya risau anak saya tidak dapat belajar dengan tekun kerana lapar dan tidak mendapat zat yang secukupnya. Selama ni saya teruskan hidup dengan kerja saya ni dan kadang-kadang saya buat kuih muih sedikit untuk dijual. Saya hantar dengan kawan sahaja sebab kawan ada gerai makan. Jadi dia tolong jualkan. Tapi tak selalu saya buat kuih muih ini sebab kadang habis, kadang tak.

 

Jualan saya dapat tak sampai RM40 kadang dapat RM30 sahaja. Kalau nak buat kuih muih tu kat rumah kakak saya sebab kakak yang selalu menolong saya. Sebab tu saya pun buat kadang-kadang bila kakak ada masa juga. Jualan saya ni saya letak dekat pasar tamu. Sebab semua yang berniaga macam saya dorang letak kat satu tempat. Nanti penjual tu yang menjual kuih muih kita. Kita letak kat dia, kalau kuih tu RM1 dia potong RM0.20 jadi kita hanya dapat RM0.80 sahaja dalam RM1.00 tu. Untuk bil api air saya tak bayar sebab tuan rumah yang bayar, saya cuma bayar sewa bilik kecil sahaja.  Saya pun pakai telefon anak saya yang kerajaan bagi jadi gambar semua tak terang. Nak pakai telefon mahal2 atau nak beli telefon tu mmg la tak mampu. Saya tidak pernah memohon mana-mana bantuan sebelum ni. Maka dengan rendah hati di sini saya memohon sumbangan supaya dapat membantu meringankan beban kami berdua sementara saya memperoleh kerja tetap dengan pendapatan lebih. Terima kasih lagi sekali saya ucapkan.

Read More


Recent Contribution
Esah  RM20.00
Top Contribution
Fatin  RM100.00
First Contribution
Dahlia  RM10.00

287.0

Baki Lot Diperlukan

63.0

Lot Telah Terbeli

24

Penyumbang

1,650

Pengunjung
Recent Contribution
Esah  RM20.00
Top Contribution
Fatin  RM100.00
First Contribution
Dahlia  RM10.00