Sebelum ini Puan Rosliza menjaga suaminya yang terlantar sakit pinggang buah dan baru baru ini, suaminya telah meninggal dunia pada 25/09/21 dan nasib seluruh keluarganya berubah akibat daripada kehilangan ketua keluarga dan beliau sendiri terpaksa mencari pendapatan dengan meniaga secara kecil kecilan untuk menampung anaknya lima orang. Kini, beliau perlukan modal untuk memulakan perniagaan dengan lebih teratur dan professional.
Saya perlu kuat untuk menyara keluarga selepas suami saya yang disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik meninggal pada 25/08/21.Dia kini mengambil alih tugas mencari rezeki untuk menyara keluarga selepas suaminya meninggal . Katanya, bagi menyara keluarga, dia menjual makanan basah seperti ayam siap proses serta sayur-sayuran yang dihantar ke rumah rumah pelanggan di sekitar kampung. Keluarganya juga bergantung kepada bantuan bulanan RM250 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Saya berniaga bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang dan untuk perkhidmatan menghantar barang keperluan harian pula, ia bergantung kepada permintaan pelanggan dan kebiasaannya, saya hanya melakukan penghantaran ke sekitar Labok, Machang dan Kok Lanas.
Ibu kepada lima anak berusia empat tahun hingga 21 tahun itu berkata, dia bersyukur kerana suaminya menerima bantuan JKM dan ia membantu meringankan beban ditanggung. "Selepas suami sakit dan meninggal, kehidupan kami sekeluarga berubah sepenuhnya, namun anak menjadi sumber kekuatan untuk saya berdikari mencari rezeki dan tidak mahu terlalu bergantung harap kepada bantuan selagi masih berdaya. "Saya menganggap dugaan dan cabaran yang dilalui ketika ini adalah ujian Allah SWT kepada hamba-Nya untuk menjadi lebih kuat. "Bagaimanapun, saya juga bersyukur kerana dikurniakan anak yang ringan tulang membantu saya" katanya.