Berhenti Kerja Untuk Menguruskan Abang Kandung Yang Sakit

1 Lot = RM 10.00
1250 Lot Ditawarkan

 

Nuratikah Mat Rahim kini menjaga abangnya, Hidayatullah, yang terlantar akibat diserang angin ahmar. Menurutnya, Hidayatullah diserang angin ahmar pada bahagian kanan badan sejak februari lalu dan kini hanya terlantar serta tidak mampu menguruskan diri sendiri. Ibu bapa mereka sudah meninggal dunia. En.Hidayatullah pula belum berkahwin dan dia tidak mahu abangnya terabai. Oleh itu, puan Nuratikah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga abangnya sendiri. Sebelum ini abangnya pernah diserang angin ahmar namun masih boleh berjalan dan menguruskan diri sendiri namun serangan kali kedua menyebabkan abangnya kini terlantar dan tidak boleh bertutur serta memerlukan bantuan 100% penjaga. Puan Nuratikah mempunyai seorang anak yang bersekolah. Suami puan Nuratikah berkerja di HMS CANOPY. Pendapatan sebulan suaminya ialah RM900 dan mempunyai tanggungan 4 orang termasuklah abang kepada puan Nuratikah. Abangnya sebelum ini pernah bekerja sebagai pembantu di kedai buah turut mengalami penyakit darah tinggi, jantung serta kencing manis kronik. Sejak abangnya terlantar, setiap bulan dia perlu membelanjakan RM1,500 untuk kos susu tidak termasuk keperluan lain seperti lampin pakai buang dan kos perubatan lain. Kini puan Nuratikah buntu memikirkan kos yang perlu ditanggung kerana abang hanya bergantung kepada susu sebagai makanan hariannya yang diberikan lima kali sehari setiap empat jam sekali melalui saluran tiub yang dipasang di hidung. Setin susu berharga RM99 dan hanya mampu bertahan untuk tempoh dua hari sahaja. Pn. Nuratikah juga mendapat bantuan lain setakat ini iaitu bantuan orang ramai yang menghulurkan, PAPISMA bagi katil wakaf, Ngo KeLSs bagi kerusi roda , dan Kelss nak bagi susu. Senarai bantuan diperlukan ialah bantuan kewangan serta bantuan perubatan seperti lampin TENA XL , susu Nutren Fibre,under Pad , Jarum insulin size 6, Strip Contour plus, picagari 50ml, swab alcohol. Puan Nuratikah berharap orang ramai dapat membantunya. Gambar tidak perlu dicensored kan.




0
Baki Lot Diperlukan
1288
Lot Telah Terbeli
457
Penderma
 
RM 12,880.00 100%

Terima kasih diatas sokongan anda!
Sumbangan dana telah mencukupi dan ditutup.

















Organisasi:


MarhaenMY - Nuratikah BintiI Mat Rahim