Bantuan Buat Ibu Tunggal Menyara Anak Lima Orang


Bantuan Buat Ibu Tunggal Menyara Anak Lima Orang


MarhaenMY - Nor Masitah Bt Mohd Salleh
Gua Musang, Kelantan
Published: Sep 26, 2022
39.89%
RM 1,396.00 RM 3,500.00


210.4
Baki Lot Diperlukan
139.6
Lot Telah Terbeli
62
Penyumbang
1,614
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Seorang ibu tunggal dari Kampung Jerek di sini gigih mencari rezeki bagi menyara lima orang anaknya. Nor Masitah Mohd. Salleh, 32, berkata, dia berasa sedih setiap kali keluar bekerja kerana terpaksa meninggalkan anak-anaknya berusia empat hingga 11 tahun di rumah. Wanita itu bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai runcit di kampung tersebut dengan gaji RM30 sehari. “Saya bekerja dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Hanya kerja itu yang boleh saya lakukan dan ber­syukur ke­rana diterima bekerja di situ. “Selepas berpisah dengan suami hampir setahun lalu, saya membesarkan anak-anak,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di sini semalam. Nor Masitah memberitahu, meskipun menerima bantuan ibu tunggal daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM800 sebulan, namun itu bukan alasan untuknya tidak melakukan sebarang kerja.
 

Katanya, harga barangan yang semakin meningkat menyebabkan dia perlu mencari pendapatan sampingan bagi memenuhi ke­perluan anak-anak yang sedang membesar. “Sebelum ini, suami memberi kekuatan kepada saya. Selepas kami berpisah, saya tidak mahu mengalah dan mahu terus kuat demi anak-anak. “Gaji bulanan sebagai pembantu kedai banyak membantu untuk perbelanjaan termasuk bayaran sewa rumah, makan dan minum dan wang belanja anak-anak ke sekolah,” katanya.

Read More



Updates



Update 6 / 02 / 2023

Saya masih lagi bekerja dan masih memerlukan bantuan. Anak2 alhamdulillah, masih lagi bersekolah. Dalam tahun ni semua anak saya bersekolah. Dari segi kewangan memang tak mencukupi dan tahun ni kira perbelanjaan terbesar kami. Anak2 perlukan perbelanjaan dari segi pakaian, beg, kasut, alat tulis, pakaian sukan dan yuran untuk anak2 sekolah. Gaji saya RM35 sehari, kadang2 saya ada jugak buat over time sedikit masa dalam 2 jam tapi tu jarang2. Dorang bayar OT dalam RM5. Saya kerja setiap hari dari jam 10 pagi sampai 10 malam dan anak2 duduk sesama dorang. Tempat kerja 5 minit daripada rumah sahaja. Kalau balik sekolah yang kakak akan ambil adik2 dia daripada pengasuh. Anak saya 2 orang saya hantar ke pengasuh dan bayar RM10 sehari. Kalau hantar penuh RM300 juga la kena bayar. Saya ada dapat bantuan daripada JKM sebanyak RM800 sebulan. Alhamdulilah setakat ni tak ada apa2 tunggakan. Untuk makan tu kami makan apa yang saya mampu bagi mereka makan. Kalau eeragam memang la budak2, kalau saya mmpu beli saya akan usahakan untuk mereka.

Read More



Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Yazma  RM100.00
First Contribution
Zul  RM10.00

210.4

Baki Lot Diperlukan

139.6

Lot Telah Terbeli

62

Penyumbang

1,614

Pengunjung
Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Yazma  RM100.00
First Contribution
Zul  RM10.00

Kempen Lain