Pada 27/1/2022 , adik saya yang bernama Allyssa dan merupakan seorang pelajar yang berumur 20 tahun telah mengalami kemalangan jalan raya akibat disondol oleh babi semasa pergi ke sekolah. Adik saya perlu membuat pembedahan pada tulang buku lali kaki kiri. Selepas operation dalam 6 bulan kemudian, doktor check semula dan memaklumkan adik saya perlu menjalani pembedahan semula atas sebab kecuaian doktor semasa pembedahan hari tu yang telah dilakukan di Hospital Melaka pada 30/1/2022.
Jadi kos yang diperlukan oleh kami untuk membeli besi dan menerima rawatan dalam lingkungan RM5000+ untuk operation yang kedua bakal dijalankan di Hospital Putrajaya. Jadi saya masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai untuk membantu saya mencukupkan kos rawatan kerana jika kami tidak bayar kos pendahuluan dalam RM2000+, pembedahan tidak boleh dilakukan. Allyssa merupakan anak kedua daripada 5 beradik yang masih lagi bersekolah . Sebelum ini ada cuba untuk meminta bantuan daripada pihak JKM dan Perhilitan . Untuk pembedahan kedua masih lagi menunggu tarikh selepas bayaran pendahuluan dilangsaikan . Keadaan terkini Allyssa masih menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Untuk tawaran university pula, Allyssa terpaksa tolak dahulu akibat daripada pembedahan kedua masih tidak selesai lagi, jadi untuk sambung belajar pun jadi tertangguh.
Utama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan saya hargai marhaen.my atas bantuan dan platform untuk crowd fund. Alhamdulillah adik sudah selesai menjalani pembedahan beberapa bulan lepas. Cuma masih lagi memerlukan rawatan susulan dan physiotherapy untuk recover kerana selepas pembedahan yang dilakukan, adik saya masih tidak boleh berjalan tanpa bantuan / sokongan alatan bantu. Saya ada 5 orang adik beradik dan saya sulung (22 tahun, 21 tahun, 18 tahun, 16 tahun dan 14 tahun). Saya student tahun pertama, dan ambil ismp Sejarah di UPSI. Mak ayah saya masih bekerja, mak kerja di kerani di ccrc tiang dua dan ayah sebagai cikgu. Sebelum ni kami cuba usaha jugalah untuk capai target kos operation, dana ni pun untuk tambah deposit kos operation adik saya.
Adik saya masih berada di bawah pemantauan pihak hospital untuk buat psychotherapy sehingga kini, sebab ada luka yang belum sembuh. And masih tidak boleh jalan macam dulu. Emosi adik saya masih stabil lagi and slowly becoming more better dari sebelum ini. Adik saya ada pergi dua hospital, satu Putrajaya dan Jasin. Kalau di putrajaya sebulan sekali, kalau jasin setiap minggu kena pergi psychotherapy. Selalu ibu atau ayah yang hantar.