Salam. Saya mencari sedikit bantuan untuk membeli susu dan barangan bayi. Saya bekas guru tadika bekerja dari bujang tahun 2020 dan baru berkahwin tahun lepas pada March 2021. Gaji saya selama ni cuma RM1210 (start Mac 2021). Jadi selepas potong komitmen semua hanya tinggal berapa dan tidak mempunyai simpanan. Gaji saya dekat tadika awal-awal mula kerja ialah RM1100 sebulan, kena potong untuk bayar PTPTN, rumah sewa, bil dan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Jadi waktu bujang memang tak ada simpanan. Tambah tadika saya tak potong KWSP cuma dalam payslip dia tulis kononnya ada potongan KWSP. Tadika ni 1st saya bekerja lepas habis belajar. Saya diberhentikan kerja ketika mengandung 8 bulan. Gaji bulan terakhir saya ditipu majikan, dipotong dan cuma mendapat RM273 untuk gaji yang terakhir. Setelah tolak untuk komitmen jadi tidak mencukupi. Jadi selepas diberhentikan saya ada buat jualan dadih tapi tiada yang beli, duit sudah digunakan untuk membeli barang tapi dadih berbuang kerana tiada pembeli.
Suami saya pulak kemalangan motosikal, lebih kurang jam 12.30 selepas hantar saya appoinment dari klinik titiwangsa. Ada buat report tapi tempat kejadian tak ada cctv dan no plat kereta tak dapat sebab langgar lari. Lepas kemalangan suami ada pergi klinik dan dapat ubat sapu dengan makan semua. Suami mengalami bahu patah dan berulang alik ke hospital. Tapi suami saya tak nak operate cuba nak bawak berurut dulu sebab mahal nak tanggung kos operation. Kami teruskan hidup bila suami ada ambik upah mengecat dengan tukang kebun. Tapi cukup2 makan dengan gaji saya yang naik tahun lepas RM1210 tu. Gaji suami dapat tu dalam RM100 lebih sahaja sebab dia dapat upah sahaja dan tak menentu setiap bulan. Kami kongsi bayar sewa rumah semua. Saya start jual dadih dari saya awal pregnant, tapi bukan selalu sebab saya masih bekerja tadika. Jadi duit dadih memang cukup2 buat tambah beli barang keperluan rumah sewa. Saya jual dadih secara online, dekat twitter dan group semua. Saya nak jual tepi jalan tapi tengah sarat mengandung masa tu. Saya iklankan dadih hari2 tapi tak buat dadih sebab tiada membeli. Ada jual di kawasan sekitar tapi berbuang. Tapi saya akan kumpulkan order sebab ada orang order 5 bekas yang RM1 perisa campur dan saya kena tuggu order yang lain, sebab modal nak buat dadih pun tak ada. Saya due date 12.8 tapi kena masuk wad 7.8 sebab saya sangkut gdm(gula). Sekarang saya dah beranak tapi berulang alik ke hospital sebab baby prolongue jaundice. Saya berulang naik grab hantar anak sebab kami tak ada kereta. Dari keramat ke HKL kalau pagi dalam RM15. Pergi balik dalam RM30 tapi berubah berubah harga. Motor yang suami accident tu sahaja kenderaan kami iaitu motor saya guna masa kerja tadika dulu. Saya pernah terdesak nak bawak anak pergi check kuning sampai saya jual kotak, 6kg tapi cuma dapat RM2.50. Malah barang kelengkapan bayi pun tidak mampu untuk beli.
Saya nak mintak tolong ayah ibu kat kampung, tapi dorang pun tak bekerja kat kampung. Saya ada seorang sahaja kakak dengan adik kecik baru berusia 8 tahun. Sekarang ni kami kena halau rumah sewa sebab tak mampu nak bayar dah dan kami tinggal dengan kakak buat sementara waktu di Kg Dato Keramat. Kakak saya belum berkahwin. Insyaallah suami saya akan bekerja awal bulan 11 nanti sebagai cleaner, dia dah dapat kerja. Saya cuma nak bantuan untuk sementara nak mnunggu bulan depan suami saya akan mula bekerja sebab saya punya jualan dadih tak ada yang beli. Rumah sewa pun owner tak nak pulangkan deposit. Jadi memang tiada duit langsung. Saya tak ada mohon bantuan JKM/Zakat sekarang.
Kami sihat alhamdulilah. Suami pun dah sembuh. Saya masih lagi memerlukan dari segi kewangan. Suami sekarang baru start kerja kelindan lori dekat Manjung. Gaji suami tengok trip, takde basic. Dia baru je mula belum sampai sebulan. Saya ada buat jualan electronic chopper, dalam masa yang sama buat lagi iklan jual dadih. Berapa orang yang beli tu tak tentu, dalam sebulan tak sampai 4 5 orang. Tapi kalau sekali order tolak modal dapat dalam RM30. Saya dah tak tinggal dengan kakak saya, kami dah pindah menyewa luar. Tapi saya akan balik ke kampung nanti sebab rumah sewa tak dapat bayar. Keperluan harian selama ni cukup cukup sahaja, kalau ada duit jual dadih, baru beli. Saya start menyewa luar start baby saya umur satu bulan. Sekarang baby baru umur 6 bulan baru start makan. Gaji suami dapat hujung bulan ni insyaallah dapat bayar tunggakan sebab tunggakan sewa rumah bulan ni dan akan dapat deposit balik. Kalau tak memang tak dapat. Dari segi perbelanjaan baby tu, Alhamdulillah baby tak banyak sangat ragamnya. Belanja susu dengan pampers sahaja. Haritu demam pun tak cukup bawak naik grab, mampu jerlum dengan asam jawa turun panasnya. Pampers RM30 untuk 2 kali beli dalam sebulan. Susu dutch baby RM19 beli 3 kali sebulan yang 500g.