Seorang pelajar lelaki mengambil tugas ibunya yang menghidap kanser otak dengan melakukan kerja-kerja rumah termasuk memasak sebelum ke sekolah pada setiap hari. Abdul Fatul Rahim Norisham hanya berusia 14 tahun, dari Taman Lagenda, Padang Serai , tidak berasa kekok melakukan kerja-kerja rumah untuk membantu ibunya, Haniza Omar, 40, sejak lima tahun lalu. Setiap hari sebelum ke sekolah dia ke sebuah pasar mini berhampiran rumahnya membeli barangan basah seperti sayur dan ikan.
Pulang ke rumah menyiang ikan dan membasuh sayuran sebelum dimasak. Namun dia hanya masak resepi yang mudah seperti menggoreng ikan dan sayur lemak. Jika resepi yang ibu minta agak sukar, dia sediakan bahan terlebih dahulu sebelum kakak beliau iaitu, Nurfarahain, 15, memasak selepas pulang dari sekolah. Dia sudah biasa melakukan kerja rumah dan tidak berasa susah atau penat demi membantu ibunya yang turut menghidap pelbagai penyakit lain. Tambahnya, bapanya, Norisham Ghazali, 53, pula seorang orang kurang upaya (OKU) dengan mengalami kecacatan pada bahagian kaki kanan selepas kemalangan jalan raya pada 2013 serta mempunyai masalah jantung. Sementara itu ibunya juga menghidap pelbagai penyakit antaranya kanser otak, masalah tulang belakang dan kelenjar air liur sejak lima tahun lalu.
Ibunya ada terjatuh di rumahnya menyebabkan kaki kanan retak sehingga sukar berjalan manakala ayahnya pula terkena serangan jantung baru-baru ini. Bapa mereka bekerja di sebuah kedai menjual kereta terpakai dengan gaji harian sebanyak RM30 sehari. Mereka juga mendapat bantuan Lembaga Zakat Kedah sebanyak RM500 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula RM600 manakala bapa mereka menerima bantuan OKU sebanyak RM450. Hasil wang bantuan itu, membayar sewa rumah sebanyak RM450 serta perbelanjaan harian serta persekolahan anak-anak. Haniza mempunyai enam anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan berusia 21 tahun sehingga lapan tahun. Seramai lima anaknya masih belajar iaitu Nurfarahiyah Masyitah, 18, yang menuntut di sebuah universiti awam, Nurfarahain, 15, Abdul Fatul Rahim, 14, Abdul Aisyh Rayan, 10, dan Nurkasih Aisyh Zahra, 8.
Saya inshallah akan jalani pembedahan yang dah banyak kali tertunda pada Januari tahun depan. Saya akan jumpa doc pakar bedah semula 8/12 ni baru dapat tarikh masuk wad dan kos pembedahan untuk masukkan besi dan skru. Saya masih tak dapat berdiri dan berjalan dengan betul. Doc memang tak bagi saya banyak bergerak. Kaki saya ada tulang yang patah dibuku lali dan tumit. Ada 2 urat yang dah putus. Saraf kaki semuanya dah rosak. Doc cakap pembedahan dalam anggaran RM20 ribu lebih macam tu. Suami saya tak dapat bekerja sekarang ni sebab sakit. Hujung September kena serangan jantung untuk keberapa kali dah dan sejak keluar wad sampai sekarang suami kerap sakit2. Anak saya 4 orang masih bersekolah dan seorang lagi di UITM.
Sekarang ni memang tak ada yang bekerja tapi anak saya (no 3 & no 4) yang bersekolah ada buat kek coklat letak di kedai atau jual pada kawan2. Anak saya yang no 1 pun tak sihat juga dan baru lepas nikah. Anak no 1 pun tak bekerja sebab dia ada breast kanser dan suami dia jaga dia. Anak yang belajar UITM pun nak pakai banyak duit sebab sem ni tak dapat duduk kampus. Anak ada dapat pinjaman PTPTN. Memang pendapatan kami selama ni kami dapat daripada Zakat, JKM dan anak yang berniaga sikit2. Kek yang anak saya jual tu mereka jual harga RM4.50 dan ada RM7.00. Alhamdulillah ada yang beli tapi bukan buat banyak sebab sekolah. Letak kedai tak ada kena bayar tapi ambil komisen sahaja. Ada kedai kena bayar tapi anak dah tak letak dah. Ni kadang2 sempat anak buat nasi lemak RM2 jual kat sekolah. Kek kadang anak buat tak tentu berapa pack tapi kalau nasi lemak bawah 10.
1. Boleh tahu bila duit last masuk dalam account tuan/puan? Tak termasuk dana daripada MarhaenMY.
Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang ada. Last masuk account semalam. Duit niaga anak.
2. Dengan keadaan kewangan yang sedia ada sekarang ni, family makan apa untuk survive? Apa makanan last yang family makan?
Makan apa yang ada. Ni lauk terakhir.
3. Dana yang dapat daripada MarhaenMY dapat membantu meringankan beban tuan/puan sekeluarga tak?
Ya, alhamdullilah
Keadaan kesihatan Haniza sekarang semakin merosot dan semakin susah untuk dia bergerak dalam keadaan sekarang. 8/12 haritu dia pergi ke hospital untuk mendapatkan tarikh masuk ward untuk pembedahan kaki. Setakat ni kos pembedahan sudah mencukupi dengan bantuan dana marhaen.my dan cik puan gojes , tetapi masih belum mencukupi untuk kos perubatan , ulang alik ke hospital dan kos rawatan. Kos rawatan tu include kekadang ambik darah terpaksa ke hospital swasta sebab nak urgent (kos anggaran RM100 - RM200). Kos ulang alik termasuk dengan perbelanjaan minyak dan sewa kereta mengikut kadar semasa. Ubat juga ada yang tidak disediakan sepenuhnya oleh pihak hospital dan terpaksa membelinya sendiri (anggaran RM150-200)
Update terkini. Abah kami baru keluar dari hospital. Masih tunggu panggilan dari hospital untuk pembedahan jantung. Ibu kami puan Haniza keadaan masih belum mengizinkan untuk buat pembedahan. Doktor cakap tunggu selepas raya nak tengok macam mana keadaan ibu. Sekarang ibu jadi bengkak kelenjar tengah sakit sampai tak boleh nak makan. Dari segi makan minum memang tak okay kena catu. Haritu boleh niaga. Ni bulan puasa dah kurang sampai 2 minggu sahaja boleh niaga. Sekarang dah tak boleh sebab bagi bos vendor pulak bawak masuk barang2 mereka untuk niaga. Jadi terputus semuanya. Abah kalau boleh kerja kami tak gaduh sangat, masalah abah kerap sakit. Dah tak macam dulu. Memang kami tak biar abah pergi kerja. Abah masih tunggu tabung hospital untuk pembedahan. Suami nak bedah jantung terpaksa tunggu tabung hospital sebab kami tak ada duit untuk kos pembedahan sebanyak tu dekat Hospital sultanah Bahiyah Alor Setar dan kos RM10 ribu.
Saya anak puan Haniza. Keadaan ibu sekarang tak stabil. Banyak perkara dah lupa. Banyak diam. Makan pun dah kurang. Bergantung pada susu ensure. Ibu guna 6 tin besar susu dan 6 pack pampers. Memang ada check hospital. Kan ibu kami pesakit kanser. Kalau tak buat rawatan hospital lagi teruklah keadaanya nanti. Tunggu nak operation kaki. Kalau tak ada apa2 bulan 6. Hujung bulan ni ambik tarikh. Tulang kaki jadi rapuh. Sebab kanser tu menghakis tulang, bukan setakat tulang kaki tapi tulang lain sama. Kami adik beradik yang uruskan sebab abah pun sakit, abah tak boleh nak angkat. Abah dijangka bedah awal Januari tahun depan sebab kena tunggu giliran. Kami mintak bantuan tabung hospital sebab kami tak ada duit. Kos bedah pun RM10 ribu. Tu untuk alat yang nak masuk ke jantung saja. Kos lain tak tahu lagi. Kami semua masih belajar. Kalau naik bas sebulan dah berapa. Kami sekolah rendah 2 orang. Sekolah menengah 2 orang. UiTM sorang. Kami pergi sekolah naik motor. Boleh kurangkan kos. Nak jalan kaki bukan dekat, jauh 20 km. Memang tak cukup banyak benda kami kena kurang dan stop. Kakak nak ambik SPM pun tak bayar lagi yuran RM100++. Kakak kat UiTM pun nak pakai duit. Duit yuran sekolah pun kami semua tak bayar lagi. Makan apa yang ada saja. Yang penting boleh makan. Nak ke hospital nak sewa kereta lagi, minyak lagi, tol lagi. Bayar bil api air pun guna duit. Abah dulu bekas tentera dan abah berhenti memang tak dapat pencen. Lepas tu abah kerja dekat kedai sewa kereta lepas berhenti. Sekarang ni kami memang bergantung pada zakat, JKM dan hasil jualan kami. Sekarang niaga pun dah slow.
Assalamualaikum. Maaf ganggu. Kami hanya nak maklumkan ibu kami akan masuk hospital pada 25hb ni. Dan akan jalani pembedahan pada 27hb@rabu. Semoga ada sumbangan dari orang ramai untuk kami menampung pelbagai kos perubatan dan sebagainya.
Assalamualaikum, untuk maklumat semua. Ibu kami memerlukan mesin oksigen untuk kegunaan dirumah. Ibu alami komplikasi paru2 Dan oksigen drop semasa pembedahan 27/9/2023 baru ni. Kami dah bawak balik ibu dan doktor minta kami pantau oksigen ibu dirumah. Tetapi oksigen ibu naik turun. Nak beli terlalu mahal bagi kami dan bila abah tanya pada farmasi katanya RM3800 macamtu. Jika untuk sewa bulanan deposit RM500 dan bulanan RM400 untuk mesin oksigen 5L tu. Kami masih menunggu jika ada sumbangan yang dapat membantu kami membeli mesin oksigen untuk ibu. Buat masa sekarang ada seorang hamba Allah tolong sewakan mesin oksigen tu untuk kegunaan ibu agar ibu tak sesak nafas. Hamba Allah itu harap ada yang sudi menyumbang untuk membeli mesin oksigen ni kerana ibu akan guna lama mesin oksigen ni. Ibu ada masalah paru2 sejak operation baru ni dan tolong doakan kami ya.