Derita Isteri Diserang Strok


Derita Isteri Diserang Strok


MarhaenMY - Mohd Nasir Bin Salleh
Kuala Berang, Terengganu
Published: Nov 06, 2022
54.7%
RM 2,735.00 RM 5,000.00


226.5
Baki Lot Diperlukan
273.5
Lot Telah Terbeli
122
Penyumbang
1,610
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Kesusahan seorang tukang rumah bersama keluarga di Kuala Berang di sini berubah 360 darjah selepas isterinya diserang strok sejak le­bih sebulan lalu. Mohd. Nasir Salleh yang berusia 53 tahun itu memberitahu bahawa serangan strok yang berlaku pada 17 September lalu itu menyebabkan isterinya Siti Normah Lebu, 45, kini hanya terlantar di katil. Anggota badannya menjadi lemah selain mulut mengherot. Ekoran masalah kesihatan, isteri terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja am di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu.

 

Dia juga terpaksa mengambil cuti mengambil upah sebagai tukang rumah dengan pendapatan bulanan RM700 semata-mata untuk menjaganya. Mohd. Nasir kini mengambil alih urusan menguruskan rumah tangga. Menurutnya, anak sulung Muhammad Affirul Afandi, 23, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) kategori lembam dan se­ring diserang asma juga memerlukan pemerhatian khusus.

 

Empat lagi anak dia yang berusia 11 hingga 20 tahun masih bersekolah termasuk seorang yang kini berada di sebuah institusi pengajian tinggi. Jelasnya, masalah kewangan menyebabkan dia tidak mampu menyediakan kerusi roda dan alat bantu jalan selain terpaksa berjimat cermat membeli lampin pakai buang dan susu khas. Mujur ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudi memberi bantuan katil boleh laras. Anak sulung ada juga menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan.

Read More



Updates




Update 26 / 01 / 2023

Dah ada perubahan positif, tangan dan kaki dah boleh digerakkan. Dah pegi buat fisio terapi. Kata orang dah ada perkembangan. Berapa kali dia kena buat fisio tu saya tak tahu, selagi doctor tak cakap berhenti selagi tulah kena buat kot. Saya hantar ke hospital isteri naik kereta. Isteri tak dapat pencen dan jarak hospital dari rumah 5KM. Dah makin beransur pulih dalam 78%. Dari segi kewangan untuk perawatannya alhamdulillah memadailah dengan berjimat cermat. Dalam sebulan kos rawatan lebih kurang RM400. Saya pulak kerja jauh dan kerja sebagai buruh binaan. Kalau kerja dah habis saya tak kerja, macam tu la. Kami ada dapat bantuan JKM RM500 sebulan.

Update 14 / 06 / 2023

Isteri saya sekarang ni boleh katakan 2 minggu sekali masuk wad. Duit makin hari makin tipis, nak buat belanja anak sekolah lagi. Isteri saya masuk wad kerana implikasi dari stroke dulu. Masalah jantung, air berlebihan serta buah pinggang. Kalau isteri saya sakit dan masuk wad saya tak kerja la. Kalau tak kerja memang bergantung dengan bantuan JKM, dengan anak sekolahnya dan yang belajar kat kolej lagi dan yang.bakal akan masuk institut kemahiran lagi. Sekarang kaki isteri bengkak.

Read More



Recent Contribution
IBTISAM  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Alya  RM20.00

226.5

Baki Lot Diperlukan

273.5

Lot Telah Terbeli

122

Penyumbang

1,610

Pengunjung
Recent Contribution
IBTISAM  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Alya  RM20.00