Suami Hilang Pekerjaan Untuk Sara Keluarga Selepas Kemalangan


Suami Hilang Pekerjaan Untuk Sara Keluarga Selepas Kemalangan


MarhaenMY - nur hidayah mohd rashid
Bandar Penawar, Johor
Published: Nov 30, 2022
85.2%
RM 4,260.00 RM 5,000.00


74.0
Baki Lot Diperlukan
426.0
Lot Telah Terbeli
160
Penyumbang
3,095
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Assalammualaikum. Saya Nur Hidayah dari Johor. Saya ingin meminta bantuan seperti keperluan dapur keperluan anak2 dan yuran persekolahan anak. Saya mempunyai 3 orang anak berusia 6 tahun, 2 tahun dan 2 bulan. Keadaan saya sekarang ni agak sukar dan susah oleh kerana suami baru baik dari accident sebulan juga masa untuk pulih dari luka bengkak tersebut. Kini suami dah pulih dah pun mencari kerja interview di beberapa tempat, ada yang tak perlu pekerja sebab dah penuh ada juga yang suruh suami tunggu sampai dia akan call. Tapi sampai sekarang tak call. Buat sementara ini suami hanya tolong2 kawan nya buat rumah tak selalu juga sebab hari banyak hujan nak naik batu tak boleh. Lagi pula kerjanya kalau kawan suami panggil barulah suami pergi. Masa suami tolong kawan dia tu suami dapat RM50 sahaja sebab tolong bancuh2 simen. Dalam sebulan tengok cuaca jugak macam yang terbaru ni dapat kerja 4 hari RM200 gaji hari2. Sekarang belum dapat kerja lagi tapi ada dapat cuma jauh sangat lah pula dan tak ada hostel, kalau ada senang sikit untuk suami. Luka semua dah kering masa mula2 kena accident tu dia boleh jalan ingatkan luka biasa je kaki dia tapi lepas kita cuci lukanya dia jadi macam tegang lukanya pastu mula macam nak bengkak time ni boleh jalan lagi masih berpapah jugak. Lepas dari accident tu terus call mak dia dan mak dia datang suruh2 kemas balik kampung balik dan masa tu saya sewa bilik.

Masa dah balik kampung luka dia jadi bengkak bernanah sikit cuci sendiri sebab dia takut nak pergi klinik kesihatan dan saya pun terpaksa guna duit yang ada beli ubat surut bengkak dekat farmasi ubat kuning, ubat cuci luka semua beli dekat farmasi. Dekat sebulan jugak baru kering lukanya. Suami saya sebelum ni kerja security di Pasir Gudang itu pun masa accident bos janji nak bayar gaji 10hb tapi sampai time dia tak nak bayar. Sebab masa kerja suami tak ada sign apa2 perjanjian dengan company sebab ini kali pertama dia kerja tak ada sign apa2 sepatutnya ada 1 lampiran untuk sign perjanjian perkerjaan, mungkin sebab tu diorang tak takut kalau kami nak report ke pejabat buruh. Sebelum ni kerja security mesti ada sign satu borang sebelum ni kerja dengan company lain tapi dah habis tender dapat kerja dekat Pasir Gudang jadi kami dari Larkin pindah Pasir Gudang sewa bilik tak beberapa hari dapat kerja dekat bos India tu. Silap suami tak ambil peduli sangat bab sign2 tu dia fikir masuk kerja dah macam tu. Gaji sebulan burn macam tu je makin kita marah makin bos dia buat tak tahu je cakap baik2 pun tak nak bayar jugak lepas saya bersalin pun saya merayu2 dengan dia mintak bayar pun dia buat tak tahu mesej saya. Sekarang kami balik kampung tinggal rumah suami tapi bil api air bayar kongsi dengan kakak dia dan bil memang bayar ke kakak dia.

Adik-beradik dia semua dekat tanah ni ikut kan kitaorang pun kena bayar bulan2 tapi sebab dia pun belum dapat kerja lagi mentua suruh duduk je bayar api dan air. Sebab sebelum ni pun kitaorang duduk luar lama dah dekat setahun duduk luar. Kami duduk dekat bilik satu tak berapa besar tapi alhamdulillah masih ada tempat berteduh. Setakat ni adik ipar ada tolong masa time suami accident makan pantang semua dia tolong masakkan. Masa saya bersalin pun nasib saya ada simpanan sikit untuk bayar duit caj bersalin. Saya betul2 terdesak sangat untuk keperluan dapur, susu, pampers anak2 saya sebab saya baru bersalin bulan 9 haritu dan sekarang anak baru nak masuk 2 bulan. Keperluan asas kami pun cukup-cukup sebab tu saya mohon bantuan ni. Saya ada tunggakan motor dan yuran anak setahun RM300 dan RM171 masa awal tahun (ni pun kena standby). Yuran awal tahun RM171 yuran bulan2 RM25 x setahun RM300. Buat masa sekarang yuran anak saya bayar sebulan RM25. Saya tak ada mak ayah. Mak ayah betul orang Indonesia dan saya lahir di Malaysia ,mak ayah saya terus bagi pada keluarga angkat. Yang membela saya dari baby dah meninggal dunia dah 3 tahun dah. Saya harap ada yang dapat membantu saya semoga yang membantu saya dilimpah ruah kan rezekinya serta dipermudahkan segala urusannya inshaallah amin.

Read More



Updates




Update 16 / 01 / 2023

Sekarang saya tengah mengumpul duit yuran sekolah anak dengan mengumpul untuk peralatan sekolah anak2. Dan untuk keperluaan lain2. Sekarang suami masih lagi kerja tolong2 orang lagi kadang di panggil untuk jadi buffer tapi tak selalu ada. Saya ingat saya nak mula jual nasi lemak hantar kedai ke kedai inshaallah masih dalam rancangan saya. Saya tak dapat bantuan awal persekolahan sebab anak baru nak masuk 6 tahun. Bantuan awal persekolah hanya untuk budak2 darjah 1 hingga tingkatan sahaja yang dapat. Dari segi kewangan kami agak sukar sedikit tapi dengan duit marhaen dapat kumpul sikit2 kalau tak, tak cukup jugak duit yang suami dapat banyak habis barang anak2. Gaji suami gaji hari jugak kadang banyak kadang sikit itulah duit untuk roling pampers, susu anak2 dan duit makan sedikit Kalau terputus bekalan makanan tu tak tapi tak mencukupi sahaja. Keadaan suami pulak dia ada pergi berubat kampung. Dia berurut satu badan dalam RM70. Itu pun dua kali sahaja mampu pergi berurut.

Susu dutch baby 0-12 bulan pek besar selalu beli 2 kadang 3 satu pek jatuh harga RM27. Susu dutch baby coklat sama jugak beli 2 pek kadang 3 jatuh harga 1 pek RM25. Pampers saiz M, pampers saiz L sebulan boleh cecah 2 beg setengah untuk baby. Kalau abang dia 1 pek sebulan sebab pakai malam sahaja. Cuba juga nak pakai lampin tapi sebab musim hujan di tempat saya dan tiada mesin basuh susah nak kering lampinnya. Tak termasuk dengan sabun baby, minyak2 angin baby, ubat ruam, ubat demam.

 

Update 19 / 04 / 23

Kerja sebelum ni suami saya dah habis kontrak. Bila nak masuk kerja baru, IC suami tak ada dorang tak nak terima. IC suami hilang dan dah buat report. Sekarang ni nak buat IC baru kami tak cukup duit. Bantuan STR pun tak dapat sebab suami kan pakai voucher.

Read More



Recent Contribution
NA  RM10.00
Top Contribution
Ytjt  RM740.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

74.0

Baki Lot Diperlukan

426.0

Lot Telah Terbeli

160

Penyumbang

3,095

Pengunjung
Recent Contribution
NA  RM10.00
Top Contribution
Ytjt  RM740.00
First Contribution
Saripah  RM10.00