PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN UNIVERSITI DAN SARA HIDUP


PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN UNIVERSITI DAN SARA HIDUP


MarhaenMY - MUHAMAD SYABIL AIMAN BIN MOHD HASSRI
Teluk Intan, Perak
Published: Jan 04, 2023
32.09%
RM 1,380.00 RM 4,300.00


292.0
Baki Lot Diperlukan
138.0
Lot Telah Terbeli
47
Penyumbang
1,610
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
430 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya, dengan rendah hati ingin memohon bantuan daripada orang ramai untuk membayar yuran yang tertunggak yang saya sertakan seperti dalam senarai di bawah. Keluarga saya memerlukan bantuan kewangan tetapi saya juga pada masa yang sama memerlukan sedikit duit untuk menjelaskan yuran saya supaya saya dapat meneruskan pelajaran saya kerana ayah saya bekerja tidak tetap dan mak saya pula sudah meninggal dunia disebabkan tidak diketahui jika menurut perubatan moden, mak saya telah menderita penyakit kulit hampir 2 tahun sebelum beliau meninggal dunia tahun 2020. Arwah mak pernah bekerja sebagai kerani di bank pertanian atau Agrobank. Arwah ada dapat pencen RM350 sebulan. Oleh itu ayah saya sahaja yang ada untuk menampung keluarga kami (6 orang tanggungan). Saya sekarang sedang menyambung pelajaran di unuversiti kebangsaan Malaysia dalam pengajian bidang pengajian islam. Saya masuk ke UKM menggunakan saluran internatinol iaitu satu saluran yuran lebih mahal daripada yuran mereka masuk melalui upu . Ini kerana saya merupakan anak pertama dalam keluarga. Saya ada adik berumur 17 tahun, 11 tahun dan 9 tahun yang masih bersekolah.

Disebabkan itu saya menjadi harapan keluarga untuk melihat saya melangkah kaki ke universiti. Selain itu saya ada mintak bantuan PTPTN tetapi duit yang diberi tidak mencukupi untuk membayar yuran pada semestar pertama. Untuk pengetahuan semua yuran di semestar pertama lebih tinggi dariapada semestar berikutnya. Saya ada mintak scholarship lain before dapat yang PTPTN ni, tapi semuanya tak lepas and PTPTN memang takde offer untuk biasiswa , cuma ada untuk pinjaman sahaja. Ayah saya bekerja tidak tetap sekarang, dulu pemandu bas LPMS bawa orang Singapore cuma diberhentikan disebabkan covid 19 (kerja selama 2 tahun). Ayah saya sekarang bawak bas persiaran ikut kawan tetapi bukan kerja tetaplah kalau dipanggil baru pergi. Kalau hari lain ayah saya ikut orang buat rumah. Gaji ayah kalau bawak bas dalam RM700 - RM1000 ikut kepada jauh perjalanan dan berapa hari bawak bas manakala gaji buat rumah pula dalam RM90 sehari. Bas tu gaji ayah saya bawak satu trip sekali gaji. Kawan ayah saya ade sebiji bas. Jadi jika ade orang sewa untuk pergi trip barulah ayah saya akan bawak bas tu biasanya cuti sekolah sahaja ayah saya bawak bas sebab waktu ramai orang menyewa bas jadi nya habis trip contoh 3 hari baru dapat gaji. Dan buat rumah kalau dipanggil baru ada kerja. Gaji ayah saya sekarang lebih kurang RM2500-RM2800.

Saya hidup susah jugaklah saya ada minta bantuan zakat kerajaan negeri untuk terus hidup bayar duit makan dan minum. Insya-Allah, berkat sumbangan tuan-tuan dan puan-puan, akan dimurahkan rezeki kita semua pada masa yang akan datang. Dan saya berjanji setelah saya habis belajar, saya akan menabur bakti semula kepada orang ramai kelak dan kepada negara satu hari nanti. Kalau boleh saya nak mintak bantuan sikit dari segi untuk bayar kolej dan bayaran yuran semestar pertama dan sedikit duit untuk perbelanjaaan. PTPTN yang saya dapat 1 sem ni RM3000 dan yuran sem 1 sebanyak RM 6300. Untuk sem ni saya dah bayar guna duit PTPTN RM 2500 dan baki yang tinggal (RM 3800 + RM 547 = RM 4347) . Yang selebih duit PTPTN RM500 tu saya guna untuk kegunaan harian dan saya ada mohon zakat kerajaan negeri Perak dapat RM1000 untuk saya guna tetapi untuk 6 bulan ni. Selain itu saya ada buat kerja sedikit dekat universiti contohnya bantu kantin kolej jadi dapat duit untuk makan. Saya hanya dapat bantuan PTPTN dan zakat Perak sahaja. Bantuan zakat perak ni sekali sahaja one off dan gaji untuk bantu kantin tu RM20 sehari.

Family tinggal dekat rumah arwah nenek tapi tanah tu pun orang lain punya. Sekarang ni tengah mencari rumah sewa lain sebab pemilik tanah nak jual tanah tu tapi kami tak ada kena bayar sewa rumah. Ayah ada bagi duit belanja sebanyak RM100 sebulan. Kalau saya asingkan bajet setiap bulan, saya memang beli barang yang penting sahaja dan makan minun tidak lebih RM15 sehari. Setakat ni belum lagi ada tunggakan bil api air sebab penggunaa electric dan air sedikit. Bill air dan api setiap bulan tak pernah lebih RM 70. Bulan 2 tahun ni akan mula exam last dan sebelum tu kena bayar yuran dulu kalau tak, tak boleh masuk exam. 6 tanggungan yang ayah saya kena tanggung tu termasuk 2 orang sepupu saya, mereka tinggal dengan kami. Sepupu berumur 18 tahun masih belajar di tingkatan 6 dan 22 tahun bekerja sebagai food panda tapi masih tinggal bersama sebab mereka dari kecil memang tinggal sekali. Asalnya nenek yang jaga dan kami memang di rumah nenek lepas nenek meninggal dunia ayah dengan arwah mak pulak sambung jaga.

Senarai bantuan kewangan yang diperlukan:

1. Yuran Penginapan Kolej Kediaman - (RM 547.00]

2. yuran pengajian semestar pertama ukm- (RM 3300.00]

3. sara hidup - [RM 453.00]

Read More


Recent Contribution
Nurul  RM50.00
Top Contribution
Hidayah  RM270.00
First Contribution
Kireebiali  RM10.00

292.0

Baki Lot Diperlukan

138.0

Lot Telah Terbeli

47

Penyumbang

1,610

Pengunjung
Recent Contribution
Nurul  RM50.00
Top Contribution
Hidayah  RM270.00
First Contribution
Kireebiali  RM10.00