Jual Ketupat Untuk Tampung Anak Sakit (Buah Pinggang Bocor)


Jual Ketupat Untuk Tampung Anak Sakit (Buah Pinggang Bocor)


MarhaenMY - Norfaizah Bt Mohammad Hanizam
Jerantut, Pahang
Published: Apr 14, 2021
100%
RM 10,240.00 RM 10,100.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
1,024.0
Lot Telah Terbeli
499
Penyumbang
812
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1010 Lot Ditawarkan

Nor Faizah Mohamad Hamizam, cekal menyara keluarga dengan menjual ketupat di Kampung Bukit Dinding, Jerantut sejak tiga tahun lalu. Dia hanya membonceng motosikal sahaja cod ketupat. Pendapatannya sebulan untuk menyara keluarganya ialah RM500. NorFaizah juga adakalanya membuat kerja sampingan iaitu menolong orang menjual buah dan mendapat sedikit komisen daripada jualan tersebut. Biarpun dia menghidap penyakit hipertiroid dan seorang suri rumah. Nor Faizah merupakan penanggung tunggal keluarga selepas suaminya, Mohd Zulkarnaen Idham Zaabar, terpaksa berhenti kerja akibat penyakit kencing manis kronik yang mengakibatkan kerosakan saraf. Sebelum ini, suaminya berkerja membuat welding dan sekarang suaminya tidak boleh membuat kerja atas sebab-sebab penyakit yang di alami suaminya. Keadaan suaminya sekrang hanya dapat membuat kerja ringan sahaja iaitu dengan membantu isterinya menghantar ketupat ke rumah pelanggan mereka. Puan Norfaizah kini menumpang rumah maknya selepas suaminya kehilangan kerja kerana tidak mampu membayar sewa. Malah, Nor Faizah juga perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak bongsu, Nur Airis Maisarah, berusia 2 tahun yang mengalami masalah buah pinggang bocor. Nor Faizah mempunyai tiga lagi anak berusia 9, 10, dan 13 tahun yang masih bersekolah. Anak bongsunya dikesan mengalami masalah buah pinggang selepas menjalani pemeriksaan akibat kencing tidak lawas, bengkak kaki dan mata di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, Jun tahun lalu. Menurut NorFaizah, selain pemeriksaan rutin di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), dia juga perlu membawa Nur Airis Maisarah menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Selayang, Selangor. Hasil jualan ketupat pun tidak cukup untuk belanja dapur. Sejak tahun lalu, sudah tiga kali Nur Airis Maisarah menjalani rawatan di Hospital Selayang. Kini NorFaizah tengah tunggu pakar dari Selayang bagi tarikh untuk membuat pembedahan biyoksi buah pinggang untuk adik airis. Pembedahan anaknya melibatkan kos yang agak tinggi, NorFaizah tidak mampu membiayai pembedahan dan untuk rawatan anaknya dlm anggaran 4 atau 5 ribu termasuk kos ulang alik setiap 2 minggu ke hospital. Hasil jualan ketupat di kawasan Bukit Dinding dan bandar Jerantut sememangnya tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan dan perubatan termasuklah menyewa kenderaan (tiada kereta persendirian) dan penginapan untuk ulang alik ke hospital adik Airis dirawat. Untuk menyediakan keperluan dapur, persekolahan tiga orang anak dan bayaran bil mencecah lebih RM1,500 sebulan dan adakalanya tidak tertanggung. Dia tidak boleh membuat kerja luar kerana perlu menumpukan perhatian kepada adik Airis dan anak-anaknya yang lain yang kini masih bersekolah. NorFaizah juga ada menerima bantuan lain iaitu daripada JKM sahaja untuk perubatan suami dan anak (RM200 sebulan). Puan NorFaizah memerlukan bantuan persekolahan anak-anaknya dan juga bantuan kewangan untuk menampung kos rawatan untuk anaknya itu. Gambar perlu dicensoredkan

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Syaza  RM10.00
Top Contribution
Syazwani  RM200.00
First Contribution
Adlil  RM30.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

1,024.0

Lot Telah Terbeli

499

Penyumbang

812

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Syaza  RM10.00
Top Contribution
Syazwani  RM200.00
First Contribution
Adlil  RM30.00