Suami Kerja Grab Tak Sampai RM100 Tiap Hari Selepas Kedai Char Koey Tiow Tak Boleh Survive


Suami Kerja Grab Tak Sampai RM100 Tiap Hari Selepas Kedai Char Koey Tiow Tak Boleh Survive


MarhaenMY - NORASMAH BINTI SAHAR
Cheras, Selangor
Published: Feb 27, 2023
54.52%
RM 1,363.00 RM 2,500.00


113.7
Baki Lot Diperlukan
136.3
Lot Telah Terbeli
60
Penyumbang
1,549
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
250 Lot Ditawarkan

Assalammualaikum semua maaf saya seorang suri rumah sepenuh masa yang ade 3 orang anak berumur 10 tahun, 5 tahun dan sorang yang masih bayi 4 bulan. Suami saya dulu berniaga tetapi terpaksa tutup perniagaan kami disebabkan tak mampu nak survive modal sampai bill api air terpaksa tertunggak berjumlah RM744 dan bil air berjumlah RM200. Di sini jika tak keberatan saya nak mohon juga keperluan sekolah anak dan berjumlah RM300, dan juga barang dapur serta susu bayi. Suami saya ada buat grab motor baru bulan 7 bulan 8 macam tu tapi kadang2 okay kadang2 tak okay. Setiap hari kadang2 tak sampai RM100 suami dapat, pernah dapat RM30 juga. Tak sampai 250 pesana sebulan. Dalam sebulan suami dapat RM1000 atau RM1500 macam tu. Ni pun baru saya kumpul untuk bayar sewa rumah RM400. Jika saya dapat insan yang baik hati yang nak bantu dari segi modal yang berjumlah RM350 untuk saya berniaga semula, saya sangat2 bersyukur. Buat masa ni memang kewangan tidak mencukupi. Sebelum saya bersalin saya berniaga dari rumah tapi dah guna untuk bayar kos wad serta kos wad bayi masa dalam pantang sebab bayi kuning tinggi. Sekarang nak niaga balik tapi saya tak mampu dari segi modal. Saya berniaga char koey tiow, ayam goreng dari rumah sebelum ni. Boleh search char koey tiow letup jalan balam batu 10. Kami tinggal di Cheras. Cuma sekarang saya terpaksa tutup dulu diatas kekangan kewangan buat masa ni.  Sebelum ni suami niaga di Bandar Tun Hussein Onn Cheras tapi terpaksa stop sebab memang tak laku, jualan dapat RM30 RM40. Modal pulak setiap hari mahal seperti udang dan telur, kami tak mampu. Memang niaga full time. Masa sebelum PKP okay cuma lepas tu sangat2 teruk. Anak2 pun saya terpaksa cakap makan je yang ada. Kami memang pernah terputus bekalan makanan sebelum ni dengan susu anak. Saya ada dapat bantuan Zakat RM400 untuk sewa rumah sebelum ni dan dah renew cuma tak tahu dapat ke tak tahun ni. Kalau sambung dorang ada bagi bantuan untuk anak tapi belum lulus lagi senyap. JKM saya tak mohon. Bill air kami pun dah kena potong. Bila tak ada bantuan, sewa rumah selalu lewat bayar sampai tuan rumah suruh keluar bulan 4. Jika ada yang bermurah hati nak belanja atau sedekahkan kami untuk beli keperluan dapur dan juga. 

Read More



Updates



Update 19 / 04 / 23

Sekarang macam tu la cuma sekarang ni tengah nak apply zakat sewa rumah sebab tuan rumah tak nak bayar lewat2. Duit bantuan pihak marhean salurkan saya bayar bil api sikit2, beli buku anak tapi tahun ni tak ada kewangan nak beli kelengkapan raya. Suami saya baru kerja tempat baru, masuk kerja guard malam sebab kerja grab slow. Risau tuan rumah halau kami kalau tak bayar sewa setiap 5hb jadi suami cari kerja lain dengan anak saya yang baby perlukan susu lagi. Gaji suami RM1900 dekat Kajang. Kami ada dapat bantuan kerajaan STR tu dan saya guna buat beli lauk2, buat bayar yuran sekolah agama. Haritu masjid ada sumbang sikit dalam RM100. Zakat dah bantu dari segi sekolah, baju sekolah haritu. Saya nak kerja tapi ada baby nak kena jaga.

Update 22 / 05 / 23

Baby saya masuk wad kena jangkitan paru2. 25hb baby da off oxigen dan doakan dia kuat.

Read More



Recent Contribution
Asnani  RM10.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM200.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

113.7

Baki Lot Diperlukan

136.3

Lot Telah Terbeli

60

Penyumbang

1,549

Pengunjung
Recent Contribution
Asnani  RM10.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM200.00
First Contribution
Saripah  RM10.00