Kehilangan Pendapatan Sejak Terlantar Sakit


Kehilangan Pendapatan Sejak Terlantar Sakit


MarhaenMY - Mohd Tajuddin Bin Mat Jusoh
Kota Bharu, Kelantan
Published: Mar 16, 2023
79.6%
RM 3,993.00 RM 5,000.00


102.0
Baki Lot Diperlukan
399.3
Lot Telah Terbeli
165
Penyumbang
3,165
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Pasangan suami isteri ini tinggal berdekat Jalan Kuala Krai Bunut di sebuah rumah sewa . Sebelum ini pakcik Tajuddin ini berkerja sebagai buruh kasar untuk mencari punca pendapatan utama keluarga sebelum dia jatuh sakit dan kini menghidap 4 jenis penyakit yang agak berbahaya iaitu penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan hyperlipidaemia . Sejak 3 tahun lalu kesihatan pakcik ini semakin tidak berapa baik dan merosot. Dia selalu keluar masuk wad di Hospital HPRZ Kota Bharu, Kelantan .Pakcik ini juga pernah jatuh dan tidak sedarkan diri semasa sedang berkerja buruh akibat diserang penyakit jantung. Doktor ada menasihati pakcik ini untuk tidak lagi melakukan kerja-kerja berat dan banyakkan berehat disebab atas faktor usia juga. Isteri pakcik yang bernama Che Roziah juga sebelum ini berkerja sebagai pembantu di kedai makan dengan gaji harian sebanyak RM 30 sehari. Buat masa sekarang isteri pakcik terpaksa berhenti kerja untuk sementara waktu kerana harus berulang alik ke hospital untuk menjaga pakcik. Anak-anak pakcik ada juga yang membantu setakat yang termampu kerana mereka juga agak susah dan bukan dari keluarga yang senang. Pakcik memerlukan kos lebih kurang RM 1000 sebulan untuk kos perubatan, kos ulang alik ke hospital menaiki teksi sebanyak RM20 pergi dan balik disebabkan tiada kenderaan yang dapat digunakan dan untuk membayar rumah sewa sebanyak RM200 sebulan. Anak pakcik ada 4 orang yang berumur 38, 36, 28, 19 tahun , yang perempuan suri rumah sepenuh masa, yang lelaki seorang kerja buruh binaan,yang seorang lagi kerja di pasaraya. Paling terbaru sekali , pakcik telah discaj dari ward pada 3/2 tetapi selalunya akan on off masuk ke ward balik , itu yang paling dibimbangkan . Untuk barang dapur semua , anak ada bantu sikit sikit cumanya tak dapat memenuhi kos perubatan yang ditanggung oleh pakcik itu. Buat masa sekarang , makcik Che Roziah terpaksa kerja semula di kedai makan yang berhampiran dengan rumah disebabkan pakcik telah keluar hospital dan mereka memerlukan kos kewangan yang agak tinggi untuk menjalani kehidupan harian. Setakat ini , pasangan ini masih belum mohon mana mana bantuan lain termasuk zakat dan JKM kerana mereka tidak berapa pandai dalam urusan hal hal tersebut. Anak anak yang lain sudah pun berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri .

Read More


Recent Contribution
Asnani  RM10.00
Top Contribution
Farah  RM150.00
First Contribution
Siti  RM20.00

102.0

Baki Lot Diperlukan

399.3

Lot Telah Terbeli

165

Penyumbang

3,165

Pengunjung
Recent Contribution
Asnani  RM10.00
Top Contribution
Farah  RM150.00
First Contribution
Siti  RM20.00