Adik Raudah Terpaksa Bergantung Pada 2 Mesin Sepanjang Hari


Adik Raudah Terpaksa Bergantung Pada 2 Mesin Sepanjang Hari


MarhaenMY - Rosmawati Binti Mahzan
Pokok Sena, Kedah
Published: Apr 19, 2021
100%
RM 10,110.00 RM 10,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
1,011.0
Lot Telah Terbeli
502
Penyumbang
843
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1000 Lot Ditawarkan

Adik Nur Raudah Majihah Amir berusia tiga tahun terpaksa bergantung kepada dua mesin 24 jam demi kelangsungan hidupnya sahaja akibat sindrom potter sejak lahir iaitu mesin pernafasan dan mesin untuk sedut kahak. Adik Raudah juga perlu berada di dalam bilik penyaman udara hal ini kerana untuk mengelak pernafasan terganggu dan berlaku masalah kahak berlebihan. Penyakit anak kepada Mahzan itu memberi kesan kepada buah pinggang, paru-paru dan saraf menyebabkan anaknya itu tidak mampu hidup seperti insan normal. Buah pinggang dan paru-paru Raudah menjadi kurang matang dan tidak membesar seiring dengan usianya, manakala kaki dan tanggannya mengeras. Selepas lahir dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selama beberapa bulan, Raudah bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan. Dia mendapat bantuan mesin itu daripada Yayasan HSB bernilai RM31,000, daripada jumlah itu Rosmawati hanya perlu bayar RM3,000. Satu lagi mesin sedut kahak juga disumbangkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Namun, jIka bateri mesin sedut kahak itu sudah rosak dan perlu diganti baru, ia perlu diganti mesin baharu dengan kos kira-kira RM2,500. Sebelum ini, adik Raudah pernah membuat operation untuk urat keting cekang (kaki kiri) sebanyak dua kali iaitu pada usia adik Raudah 1 tahun dan 3 tahun macam tu pada tahun 2019. Operation itu dijalani di dua hospital iaitu Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan Hospital Pulau Pinang (HPP). Kemungkinan selepas ini juga, adik Raudah akan menjalani operation kerana kaki kiri adik Raudah masih dalam keadaan tidak berapa baik.

Pendapatannya hanya dengan berniaga nasi lemak yang turut dibantu bapanya, sekadar memperoleh sekitar RM20 sehari sahaja (Sebulan RM700). Rosmawati merupakan ibu tunggal, mempunyai seorang lagi anak yang bersekolah dan mempunyai 7 orang tanggungan (termasuk ibu bapa dan adik beradik). Rosmawati mendapat bantuan JKM sebanyak RM350, duit itulah digunakan untuk membayar bil elektrik serta membeli lampin pakai buang.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Zaheer  RM210.00
Top Contribution
Faris  RM500.00
First Contribution
Maya  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

1,011.0

Lot Telah Terbeli

502

Penyumbang

843

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Zaheer  RM210.00
Top Contribution
Faris  RM500.00
First Contribution
Maya  RM10.00