Penjual Daging Buntu Dengan Kos Rawatan Kesihatan Anak


Penjual Daging Buntu Dengan Kos Rawatan Kesihatan Anak


MarhaenMY - Rahmah binti Mohd Shariff
Masjid Tanah, Melaka
Published: Mar 20, 2023
100%
RM 5,410.00 RM 5,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
541.0
Lot Telah Terbeli
164
Penyumbang
2,412
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Pasangan suami isteri ini iaitu Md Sharudin yang berumur 43 tahun dan isteri , Rahmah yang berumur 41 tahun ini terpaksa menjalani kehidupan dengan mengikat perut demi menyediakan belanja perubatan dua daripada tujuh anak mereka yang disahkan menghidap penyakit jantung. Mereka sekeluarga tinggal di Taman Bidara , Masjid tanah ini mempunyai dua pasang anak yang ada masalah injap dan jantung berlubang . Kedua-dua anaknya iaitu Putri Ifra Mikayla berusia 4 tahun dan Putri Aishah berusia empat bulan. Mereka hanya menjual daging di pasar tani untuk menampung kehidupan. Dia kerja penjual daging 5 hari seminggu. Sehari boleh dapat dalam RM 70. kini masing masing mempunyai masalah kewangan yang amat teruk kerana terpaksa memikirkan komitmen yang banyak seperti perbelanjaan perubatan anak-anak , bil elektrik , air dan bayaran pinjaman ansuran rumah yang sekarang sudah pun tertunggak lebih daripada 5 bulan. Sebelum ini , mereka ada juga cuba menjalani perniagaan kedai makan di hadapan rumah bagi mengatasi masalah kewangan tersebut namun pada Disember tahun lepas , baru mereka dapat tahu seorang lagi anak mereka yang berusia 4 bulan itu mengalami masalah saluran injap dan jantung berlubang kerana pada mulanya hanya seorang yang dikenal pasti sejak tahun lepas lagi . Putri Aishah juga tidak mampu untuk minum susu secara normal, sebaliknya menggunakan tiub yang disalurkan melalui mulutnya. Dalam sebulan kos beli susu dah RM200-RM300 dan satu tin harga RM80-RM90. Kos pengangkutan ulang alik ke Hospital Serdang, Selangor bagi rawatan susulan mereka juga tinggi sekitar RM300. Ulang alik hospital guna kenderaan sendiri sebelum ni dan kebetulan kenderaan sendiri rosak, kene betulkan enjinnya. Jadi sekarang guna kereta adik bagi pinjam sementara waktu. Kes anak dia ni mmg kena refer dekat Hospital Serdang sebab ada pakar dekat situ. Keadaan kewangan keluarga bertambah buruk apabila Md Sharudin itu sendiri tidak dapat bekerja lebih kuat kerana masalah slip disc, manakala Rahmah perlu menjaga kedua-dua anak yang sakit. Akibat daripada masalah kesihatan suami yang tidak menentu, adakalanya empat anaknya yang lain yang berusia tujuh antara sehingga 11 tahun terpaksa ke sekolah tanpa wang belanja. Bila suami terlantar tiga minggu, memang mereka hilang tempat bergantung, anak-anak pun terpaksa ke sekolah tanpa duit belanja. Namun, dia juga bersyukur apabila pihak sekolah menyediakan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dapatlah mereka alas perut dengan makanan disediakan. Pernah jugak mereka terputus bekalan tapi adik beradik ada tolong dan ada yang pinjam duit dari adik beradik. Tambahnya, antara kos lain yang membebani keluarganya adalah yuran van sekolah anak-anaknya yang mencecah RM200 sebulan. Setakat ini , keluarga kecil ini masih tidak memohon mana mana bantuan lain lagi.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Dhila  RM210.00
Top Contribution
Amir  RM500.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

541.0

Lot Telah Terbeli

164

Penyumbang

2,412

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Dhila  RM210.00
Top Contribution
Amir  RM500.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00

Kempen Lain