Assalamualaikum. Nama saya Rodhwah ingin memohon bantuan dari segi perubatan saya. Saya terpaksa buang hempedu akibat batu karang yang saya alami dan ulser usus ada keradangan. Saya akan buat operation dekat hospital kerajaan. Selama ni saya tak mendapatkan rawatan sampai lah saya sakit sangat semasa buang air besar dan akan keluar batu karang daripada jubur saya, Jarak rumah pergi hospital jauh dalam 45 minit sampai. Saya ulang alik guna maxim dengan tambang RM50 pergi dan balik. Saya ada dua orang anak berumur 11 tahun dan 8 tahun. Buat masa sekarang mak saya yang jaga anak2. Mak (61 tahun) ayah tiri (68 tahun) saya tinggal sekali dengan saya, Jadi tanggungan saya 5 orang termasuk saya sendiri. Tapi mak saya ada dapat pencen RM500 manakala ayah tiri saya tak dapat nak bekerja sebab dia sakit Gout. Sewa rumah saya sekarang ada 3 bulan tertunggak dan sebulan RM150. Mak ada bantu sikit2 untuk keperluan lain. Saya ada dapat bantuan JKM RM300 untuk anak saya dan baitulmal RM600 3 bulan sekali sebulan kira RM200. Untuk keperluan anak2 memang cukup2 sahaja sebab dapat bantuan JKM tu. Bantuan yang saya dapat ni tak dapat saya nak bayar sewa sebab saya ada pinjam duit dengan orang macam saya hutang makanan dekat kedai. Sebelum saya sakit ni saya kerja sebagai runner sekejap dengan pendapatan anggaran RM300. Semenjak saya sakit batu karang ni memang dari segi kewangan kami tak cukup sebab tak dapat nak bekerja. Anggaran kos hospital saya dalam RM 1000.
Saya masih lagi follow up dengan doktor. Seminggu sekali, sebulan 4 kali. Saya ada kena makan ubat dan dana sebelum ni saya guna untuk beli patch untuk balut tempat luka dekat farmasi RM30.