Diberhentikan Kerja Selepas Kerap Sakit Akibat Rawatan Susulan Untuk Kencing Manis


Diberhentikan Kerja Selepas Kerap Sakit Akibat Rawatan Susulan Untuk Kencing Manis


MarhaenMY - SELVAM A/L RAMIAH
Sungai Jawi, Pulau Pinang
Published: Mar 20, 2023
63.77%
RM 2,232.00 RM 3,500.00


126.8
Baki Lot Diperlukan
223.2
Lot Telah Terbeli
86
Penyumbang
1,880
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Saya seorang bujang berumur 38 Tahun, mengalami situasi sukar dalam pengurusan beban kos perubatan susulan dan kos sara hidup harian disebabkan saya menghidapi penyakit kencing manis dan luka kencing manis yang pada mula-mulanya muncul seperti bisul di bahagian alat sulit tetapi ia tidak sembuh walaupun dirawat. Dan telah menjadi luka kekal sehingga menjadi luka kencing manis. Saya baru menghidap sakit ni 7 bulan lebih. Semuanya telah disahkan oleh pakar perubatan swasta serta kerajaan dan buat masa sekarang saya tidak dapat bekerja akibat masalah ini cuma bergantung kepada pendapatan ibu saya yang merupakan ibu tunggal. Ibu saya yang berumur 67 Tahun cuma bekerja sebagai buruh ladang dan kami duduk di rumah sewa yang perlu dibayar sebanyak RM300 sebulan. Sebelum ini saya bekerja sebagai pembersih secara kontrak telah diberhentikan kerja akibat masalah kesihatan. Kerja sebagai pembersih jalan / parit secara kontrak di majlis perbandaran tetapi saya under majikan yang bertender dengan majlis bukannya kerja under majlis perbandaran. Gaji saya sebanyak RM1000. Saya sudah bekerja selama 3 tahun dan sudah tak bekerja selama 6 bulan. Saya perlukan bantuan kewangan untuk meringankan beban kos sara hidup serta kos perubatan susulan iaitu saya terpaksa membelanjakan sehingga RM500 sekali rawatan di pusat rawatan swasta dan saya sekarang mendapatkan rawatan cuci luka dan rawatan susulan di hospital kerajaan.

Ibu saya turut tidak begitu sihat untuk menjaga saya dan saya terpaksa membelanjakan wang untuk kos tambang ke hospital setiap kali ke hospital. Saya ke hospital swasta sebab ingatkan masalah boleh sembuh cepat tapi ia tak begitu memuaskan dan tahap kesihatan masih tiada perubahan dan terpaksa membelanjakan kos yang tinggi. Selepas itu saya ke hospital swasta sebab tidak lagi mampu membelanjakan kos perubatan di hospital swasta. Saya perlu ke hospital 3 kali seminggu untuk cuci luka kencing manis di hospital @ klinik sungai Bakap. Saya ke hospital naik teksi / kereta sewa dan kadang - kadang ada saudara yang tolong bawa sebab saya tinggal di kawasan Hulu @ jauh dengan bandar. Kalau saudara bawa saya bayar duit minyak dalam RM50 / RM60. Kalau teksi / kereta sewa tiap kali kena bayar RM80. Tunggakan memang ada tetapi buat masa sekarang sudah dijelasksan tetapi kos untuk bekalan makanan@barangan asas memang tidak mencukupi, begitu juga dengan perbelanjaan untuk bil air dan elektrik. Saya ada 2 kakak dan 1 orang abang. Adik-beradik saya semuanya telah berkeluarga dan duduk berjauhan tidak dapat menolong kami. Jadi saya memohon kepada anda semua untuk membantu saya untuk meringankan beban kos sara hidup harian dan kos perubatan susulan supaya saya dapat kembali kepada kehidupan biasa dan bekerja semula. JKM dan perkeso tidak layak juga, perkeso tiada caruman yang mencukupi dan JKM tidak dapat sebab belum disahkan OKU.

Read More



Updates




Update 3 / 5 / 23

Selvam baru keluar dari hospital selepas rawatan disebabkan luka kencing manis masih tidak sembuh sekarang dia berada dirumah dan masih tidak boleh bekerja. Luka da besar dan ada bisul dekat dalam. Luka kena infection dan ada juga bisul di dalam sebab itu dia dimasukkan ke hospital. Dan tahap kencing manis tiada sebarang perubahan (bacaan dalam tahap tinggi).

Read More



Recent Contribution
Effendy  RM10.00
Top Contribution
M.Kannan  RM500.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

126.8

Baki Lot Diperlukan

223.2

Lot Telah Terbeli

86

Penyumbang

1,880

Pengunjung
Recent Contribution
Effendy  RM10.00
Top Contribution
M.Kannan  RM500.00
First Contribution
Saripah  RM10.00