Bersama-sama kami membantu mereka ke arah yang lebih baik demi masa depan negara, keikhlasan anda memotivasikan kesungguhan kami.
Assalamualaikum wbt. Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) melalui program santuni gelandangan akan menyalurkan bantuan makanan asas, makanan kering kepada keluarga miskin dengan pengagihan nasi bungkus kepada golongan gelandangan di sekitar Bandar Kuala Lumpur. Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program santuni gelandangan demi manfaat mereka yang memerlukan. Semoga Allah SWT membalas jasa baik Tuan/Puan.
Oleh itu, pihak Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program santuni gelandangan ini demi manfaat mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Program santuni gelandangan akan di sertai oleh beberapa anak-anak muda serta belia yang ingin turut serta membantu dengan secara sukarela ingin membantu gelandangan disamping membuat kerja-kerja amal dari mengelakkan diri menceburi aktiviti yang tidak berfaedah. Seramai 30 orang anak muda akan di gerakkan untuk menyantuni pelbagai bangsa dari gelandangan kota. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani)
Dalam Hadis lain, seorang laki-lai bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim)
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah: 261)