Assalamualaikum. Saya Umi dari Kuantan Pahang. Pada 6 ramadhan 28.3.2023 hari petang selasa terjadi kebakaran bengkel perabot tempat suami berkerja. Habis semua perabot suami buat nak pergi memasang rumah orang terbakar. Tak boleh nak di selamatkan. Itulah rezeki nak bayar rumah sewa, api, air yang berbulan2 tertunggak. Ada dekat RM3000 lebih semua tak bayar lagi. Sekarang pun semua barang mahal. Rumah sewa sebulan RM500. Suami saya dapat gaji, kalau kerja ada, ada lah gaji. Kalau dapat tempahan lebih sikit ada lah lebih sikit. Gaji suami selalu dapat RM1200. Kalau tempahan kurang, kuranglah dapat gaji. Anak ada 6 orang, tambah 2 orang anak sepupu saya yang jaga. Semua 10 orang termasuk saya dan suami. Yang bersekolah 5 orang. Yang sulung 16 tahun, no 2 14 tahun, no 3 12 tahun, no 4 8 tahun, no 5 6 tahun, no 6 setahun lebih. Anak yang umur satu tahun lebih pakai lagi pampers susu, tu pun tak mampu beli. Anak sekolah menengah naik kereta suami hantar, balik pulak jalan kaki. Kadang2 orang bagi tumpang. Sekolah rendah jalan kaki sebab rumah dari sekolah dalam 20 minit macam tu lah. Sekarang kereta pulak rosak, motor tak ada tak mampu nak beli. Saya memang suri rumah tapi saya ada jual sabun basuh baju dan pinggan tapi untung tak banyak asalkan berkat. Yang beli pun dalam 4 orang je. Sabun basuh baju untung RM2.20, sabun basuh pinggan untung RM0.70 je. Untung memang tak banyak mana pun. Kalau orang beli ramai, dapat lah lebih sikit je. Kalau orang tak ramai beli tak berapa banyak lah dapat. 13 ramadhan 4.4.2023 hari selasa, baru suami boleh kerja. Tu pun pergi tumpang bengkel orang, sementara bengkel suami siap baiki. Alhamdulilah kami belum pernah terputus bekalan lagi. Buat masa sekarang ni dapat bantuan barang dapur sebulan RM200 dari Muib Zakat. Kalau dapat bantuan kerajaan tu pun terpaksa bayar bil api air separuh dulu takut kena potong sebab tu rumah sewa tertunggak sebab gaji suami tak tentu. Kalau ada orang bantu saya, saya bersyukur sangat2, kalau tak dapat bantu pun takpe. Saya tetap bersyukur kepada Allah S.W.T. saya tahu ramai orang susah sekarang ni. Terima kasih yang sudi dengar cerita saya ni.
Buat masa sekarang ni, bengkel suami tak baiki lagi. Suami masih kerja tumpang bengkel orang dulu. Kerja okay lah sikit, mula2 berkerja dana pun tak berapa dan jugak. Dana yang dapat buat belanja anak2 dan bayar duit api yang tertunggak. Air je tak dan nak bayar lagi sebab dana tak berapa cukup nak bayar air. Masih memerlukan lagi sebab selepas raya baru kerja, duit pun tak berapa ada suami nak belanja. Nak beli lauk hari2 nak makan. Duit belanja sekolah anak lagi, rumah sewa nak masuk 2 bulan pulak tak bayar.
Kebetulan saya tak ada duit nak buat belanja anak sekolah dengan nak beli lauk hari ni sebab suami tak dapat gaji lagi. Hari ni anak pergi sekolah tak bawak duit belanja pun. Kalau kerja buat perabot siap, pastu orang bayar molek duit, dapatlah. Tak tentu dapat gaji bila kadang2. Baru ni dapat pun tak berapa banyak, pastu pergi bayar denda meter api rosak baru habis RM625. Terpaksa pergi bayar, baru ni TNB datang rumah. Tanya bila nak pergi bayar. Api sekarang ni pun naik sampai RM150 sebulan. Saya guna lampu, kipas, peti air tapih biasa je. Biasa guna dalam RM60 je sebulan. Sejak TNB baiki meter baru ni lah, jadi naik banyak tu bil api. Pening saya nak cari duit macam mana nak bantu suami. Bil air pun mahal juga. Guna macam biasa. Baru ni air kena potong sebab lambat pergi bayar. Nak bayar macam mana gaji lambat dapat.