Bantuan Rawatan Pembedahan Tapak Dialisis


Bantuan Rawatan Pembedahan Tapak Dialisis


MarhaenMY - Afnizam bin Md.Zuki
Sungai Petani, Kedah
Published: Apr 05, 2023
57.22%
RM 2,921.00 RM 5,000.00


213.9
Baki Lot Diperlukan
292.1
Lot Telah Terbeli
119
Penyumbang
3,823
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Saya yang bernama Afnizam Md Zuki , berumur 47 tahun dari Kampung Titi Mandi Lembu , Jalan Kuala Ketil , Kedah ingin memohon bantuan kewangan sebanyak lebih kurang RM5000 atau lebih untuk melakukan pembedahan tapak dialisis pada tangan kanannya bagi menjalani rawatan hemodialisis secepat mungkin. Untuk rawatan dan harga yang sebenar masih belum diketahui dan dikeluarkan oleh pihak hospital swasta di Penang lagi . Ini merupakan kali ketiga saya perlu melakukan pembedahan tapak dialisis di tangan kanannya selepas tapak dialisis sebelum ini tidak boleh digunakan lagi. Kini saya terpaksa melakukan rawatan dialisis di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) lagi menggunakan tapak sementara di paha. Sebelum ini saya mengeluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan wang sumbangan rakan-rakan kerja untuk melakukan dua pembedahan tersebut. Pembedahan kedua pada 2021 adalah sebanyak RM11,000 dan bertahan selama sebulan sahaja, menyebabkan saya terpaksa bertukar pula kepada ra­watan peritoneal dialisis (cuci air) selama setahun. Bagaimanapun, rawatan menggunakan kaedah itu terpaksa dihentikan akibat jangkitan kuman sehingga saya terpaksa dirawat di HSAH sejak dua minggu lepas. Pembedahan kali ketiga itu memerlukan perbelanjaan kira-kira RM5,000 yang akan dilakukan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang dengan kadar segera. Saya terpaksa melakukan pembedahan tersebut di hospital swasta kerana hospital kerajaan mempunyai giliran dan pesakit yang terlalu ramai menunggu sebelum saya , jadi apabila memikirkan kos dan masa , saya terpaksa melakukannya di hospital swasta. Namun, saya tidak mempunyai wang sebanyak itu buat masa sekarang. Saya telah menghidap penyakit ini sejak 10 tahun lalu dan terpaksa berhenti kerja sebagai seorang tukang masak di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur. Saya dah bekerja selama 17 tahun dan gaji saya sebagai tukang masak ialah RM2500. Saya berhenti kerja sejak 2016. Selepas saya sendiri hilang pendapatan , isteri saya iaitu Karimah Marzuki yang berusia 38 tahun terpaksa berniaga nasi lemak dan kuih-muih bagi menyara empat anak mereka berusia 7 hingga 15 tahun. Pendapatan isteri berniaga hanya sekitar RM30 sehari, sekadar cukup untuk perbelanjaan makan minum kami sekeluarga. Dia meniaga dekat Caltex Taman Cindai dan anak yang tolong jual. Kami ada tunggakan bil api dan air. Untuk perbelanjaan dialisis, kini ditanggung Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), manakala empat orang anak saya yang masih bersekolah itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 seorang.

Read More



Updates




Update 3 / 5 / 2023

Pembedah pertama gagal. Pembedahan kedua perlukan kos tambahan RM4000. Pembedahan pertama gagal sebab fistula gagal berfungsi. Sekarang tengah kumpul dana untuk pembedahan kedua. Betul, kali ketiga tetapi gagal sebelum dapat digunakan ,kegagalan pertama hasil sumbangan orang ramai. Perlukan dana untuk pembedahan kedua. Dana yang marhaen bagi dah gunakan perbelanjaan perjalanan ulang alik hospital pakar penang. 20/4/23 last saya operate dan 29 April 2023 untuk operation kali kedua tapi ditunda kerana kekurangan dana.

Read More



Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Farihah  RM200.00
First Contribution
Aqilah  RM10.00

213.9

Baki Lot Diperlukan

292.1

Lot Telah Terbeli

119

Penyumbang

3,823

Pengunjung
Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Farihah  RM200.00
First Contribution
Aqilah  RM10.00