Bantuan Kos Rawatan Sakit Kanser Adik Danial


Bantuan Kos Rawatan Sakit Kanser Adik Danial


MarhaenMY - Muhammad Nasri Bin Juwanda
JITRA KEDAH, Kedah
Published: Apr 27, 2021
100%
RM 11,150.00 RM 11,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
1,115.0
Lot Telah Terbeli
537
Penyumbang
879
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1100 Lot Ditawarkan

Adik Danial, yang berusia 9 tahun berubah menjadi seorang pendiam apabila disahkan menghidap penyakit kanser otak tahap empat pada Julai lalu. Adik Danial, kini lebih banyak berehat di rumah kerana badannya lemah berbanding keluar bermain setiap hari seperti sebelum ini. Ibunya, Azlina, memberitahu bahawa penyakit anak sulungnya itu dikesan selepas menjalani pembedahan membuang air dalam kepala di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Sebelum itu, Muhammad Danial kerap muntah. Ibunya dan ayahnya membawanya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Ketika itu, doktor maklumkan anak mereka hanya menghidap gastrik, namun keadaannya semakin teruk dan kemudian membawanya ke Klinik Kesihatan Tunjang sebelum dirujuk ke HSB. Ibunya menyangka bahawa anaknya hanya menghidap gastrik tapi meleset apabila keputusan pembedahan membuang air dalam kepala Danial di HSB selepas ditahan dua minggu di wad mengesahkan dia menghidap kanser. Anaknya telah dijadualkan untuk menjalankan rawatan kemoterapi sebanyak lapan kali bermula 30 November di Hospital Pulau Pinang dan dijangka habis pada Jun tahun 2021. Dan kini, masih menerima rawatan Kemoterapi. Sebelum ini, adik danial dah buat operation sebanyak 3 kali iaitu satu masukkan wayar seumur hidup dan lagi satu belakang kepalanya serta kimopot. 
Kos rawatan anaknya menggunakan surat sekolah. Kos ulang alik ke hospital dan kos perubatan ditanggung oleh ayahnya. Ayahnya hanya bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai kek dan dengan gaji RM1,200 sebulan memang tidak mampu menampung kos perubatan dan RM650 sebulan jika (TOLAK HARI TAK BEKERJA HANTAR ANAK BUAT RAWATAN). Setiap bulan, ayahnya perlu membawa adik danial untuk rawatan di Hospital Pulau Pinang. Adik Danial mempunyai seorang adik berusia 5 tahun. Kedua-dua mereka masih bersekolah.
Adik Danial pernah menerima kunjungan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan Negeri Kedah, Datuk Siti Aisyah Ghazali yang turut melawat dan menyampaikan sumbangan tunai bantuan persekolahan khas daripada Yayasan Pelajaran Mara (YPM). Dia mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM200 digunakan untuk tujuan perubatan anaknya. Senarai bantuan yang diperlukan ialah kos perubatan dan juga kos ulang alik ke hospital. 
 

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nur  RM10.00
Top Contribution
Handzalah  RM380.00
First Contribution
ATIQA  RM20.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

1,115.0

Lot Telah Terbeli

537

Penyumbang

879

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nur  RM10.00
Top Contribution
Handzalah  RM380.00
First Contribution
ATIQA  RM20.00