Berhutang Pada Majikan Sebab MC Terlampau Lama Akibat Accident


Berhutang Pada Majikan Sebab MC Terlampau Lama Akibat Accident


MarhaenMY - Samsul Ridzuan Bin Samsudin
Rawang, Selangor
Published: Apr 27, 2021
40.72%
RM 9,376.00 RM 23,000.00


1,363.4
Baki Lot Diperlukan
937.6
Lot Telah Terbeli
356
Penyumbang
1,814
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
2300 Lot Ditawarkan

Encik Samsul yang mengalami cacat kekal akibat accident motor sewaktu pulang dari kerja untuk di bantu. Shamsiah Mustafa merupakan seorang suri rumah, sekarang bekerja jadi pengasuh bayi di rumahnya. Suaminya Encik Shamsul yang terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari kerja, berkerja sebagai polis bantuan di lembaga peperiksaan jalan duta. Akibat dari kemalangan tu, kaki dia tak dapat lagi di ubati. Dan kini berada dalam situasi cacat kekal yang sentiasa bertongkat. Pembedahan pertama ada masalah yang mengakibatkn kaki dia patah lagi. Lepas tu buat pembedahan lagi. Tak lama lepas tu patah lagi. Maksudnya 3 kaki pembedahan, akibat 3 kali patah rentetan dari itu. Suaminya terpaksa MC yang begitu lama sehinggakan bertahun MC. Asyik sambung dan sambung MC sampai sekarang dalam keadaan bertongkat. Dia dah mula bekerja. Masalah besar yang dia sedang tanggung ialah bebanan hutang kepada majikan dia akibat dia MC begitu lama. Total hutang yang dia perlu bayar tiap bulan RM1000. Potong dari gaji bulanan dan hutang ni sangat2 membebankan hidup mereka sekeluarga. Dia mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah (17 tahun, 13 tahun, 8 tahun).

Read More



Updates




Update 30 / 08 / 2022

Saya masih lagi bekerja sebagai polis bantuan dan bertongkat. Sekarang saya dikategorikan sebagai status OKU. Saya tidak dapat bantuan daripada mana2 walaupun saya berstatus OKU. Saya masih lagi belum dapat melunaskan lagi bayaran balik kepada majikan. MC tunggakan tu saya kena bayar sekaligus atau pun secara ansuran kepada majikan. Dana yang sebelum ni saya dapat saya kumpul dan masih dalam simpanan lebih kurang RM7000 sekarang. Kalau ansuran memang saya tak mampu. Ansuran lebih kurang RM900 sebulan tolak dari gaji. Isteri saya masih lagi bekerja sebagai pengasuh tapi dah berkurang. Untuk keperluan asas, kami ada dapat bantuan daripada kawasan tempat tinggal.

 

Update 8 / 05 / 23

Selamat pagi. Sekarang saya masih lagi dalam cuti sakit sebab keadaan saya belum stabil lagi. Hutang MC saya masih belum bayar lagi sebab kewangan masih belum mencukupi. Saya masih lagi tak bekerja sebab kaki memang masih belum sembuh. Masih ada lagi operation yang akan dilakukan. Operation tukarkan besi yang sekarang dengan besi yang baru sebab tulang yang patah masih  tak bersambung dan operation lutut ACL dan PCL Isteri saya bekerja menjaga anak asuhan dan dapat + - RM800 sebulan. Untuk operation buang besi bulan Ogos tahun ni dan untuk operation lutut belum lagi. Saya masih lagi ada rawatan susulan sekali atau dua kali dalam sebulan. Dari segi makan minum sekarang masih mencukupi. Sewa rumah sebulan RM300. Tunggakan lain tak ada. Saya ada dapat bantuan Zakat RM500 sebulan. Saya tak dapat pencen ilat/ perkeso sebab under goverment. Untuk appointment bulanan tak ada bayaran.

Read More



Recent Contribution
Zah  RM10.00
Top Contribution
Dasimah  RM500.00
First Contribution
Amira  RM10.00

1,363.4

Baki Lot Diperlukan

937.6

Lot Telah Terbeli

356

Penyumbang

1,814

Pengunjung
Recent Contribution
Zah  RM10.00
Top Contribution
Dasimah  RM500.00
First Contribution
Amira  RM10.00