Marhaen.my merupakan satu aplikasi/platform yang membantu rakyat Malaysia dalam berkongsi rezeki dan menghulurkan bantuan di antara satu sama lain dengan mengimplementasikan kemudahan teknologi pembayaran dalam talian melalui kempen "Senyum Bersama Marhaen".
Marhaen.my dibangunkan dan diuruskan oleh Lexapay Sdn Bhd (201901002664) dengan kerjasama beberapa badan persatuan/pertubuhan/yayasan dalam menyediakan satu aplikasi/platform bagi mempamerkan kesemua kempen/program mengumpul dana (Crowdfunding); Fasa 1, dianjurkan oleh mana-mana badan yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan atau pun kerajaan Malaysia.
Antara nilai teras yang diamalkan oleh Marhaen.my adalah:-
1. Kebajikan Masyarakat Malaysia
2. Pendidikan Sebagai Asas Kehidupan
3. Kebolehupayaan Untuk Kekal Produktif
Melalui pembangunan Fasa 1 ini, masyarakat Malaysia boleh berkongsi rezeki diantara satu sama lain secara terus; bantuan wang ringgit, melalui kempen-kempen yang dipamerkan dalam platform ini.
Uniknya di Marhaen.my, setiap bantuan anda kami bekalkan dalam bentuk lot.
Bermaksud, setiap bantuan wang ringgit tersebut boleh dibuat dengan membeli seberapa banyak lot yang anda mahu.