Marhaen.my adalah satu platform yang dibangunkan bagi tujuan memberi peluang kepada masyarakat Malaysia untuk berkongsi rezeki sesama mereka menerusi pelbagai kempen/program yang dipaparkan oleh Persatuan, Pertubuhan, Yayasan, dan juga organisasi berdaftar.
Sumbangan -- Apa-apa yang diberikan sebagai bantuan atau sebagai sokongan. Juga boleh diterjemahkan sebagai pertolongan.
Infak -- Pemberian (sumbangan) wang, harta atau pun apa-apa yang bertujuan bagi tujuan kebajikan.
Dana -- Kumpulan wang untuk sesuatu tujuan atau kegunaan.
Wakaf -- Apa-apa yang dikhaskan bagi kegunaan umum.
Sebelum sesuatu kempen/program dipaparkan di dalam platform ini, pihak Marhaen.my akan melakukan beberapa pengesahan data seperti:-
Pihak Marhaen.my boleh dihubungi melalui:-
Whatsapp ke 011-5644 7824
Email kepada info@marhaen.my
Tiada sebarang caj tambahan di atas pembelian setiap lot. Harga yang dipaparkan adalah jumlah harga yang akan ditolak dari akaun bank pembeli lot tersebut.
Jika Tuan/Puan berminat untuk melakukan sumbangan dalam bentuk selain wang ringgit, boleh lah berhubung dengan pihak Marhaen.my melalui email info@marhaen.my.
Antara faedah sekiranya platform Marhaen.my digunakan bagi membuat sebarang sumbangan, infak, dana dan wakaf adalah :-
Mana mana organisasi yang berdaftar seperti persatuan, pertubuhan, kelab, dan juga yayasan boleh menggunakan Marhaen.my sebagai platform untuk mengumpul sumbangan, infak, dana dan wakaf.
Semua kempen, program atau pun aktiviti yang memerlukan kemudahan bagi mengutip sumbangan, infak, dana, dan wakaf secara dalam talian (online) dibenarkan dan boleh memohon dengan Marhaen.my untuk memaparkan kempen mereka di platform ini.
Ya, caj pengendalian akan dikenakan kepada PEMILIK kempen sekiranya mereka ingin menggunakan perkhidmatan Marhaen.my
Caj pengendalian adalah seperti berikut:
A. 5% (untuk lot yang berharga RM50 dan ke atas)
B. RM2.50 (untuk lot yang berharga bawah RM50)
Marhaen.my hanyalah mengenakan yuran penyelenggaraan sebanyak 5%(minimum RM2.50) bagi setiap lot yang dijual.
MarhaenMY percaya gabungan cara penyampaian informasi dan strategi pemasaran menjadi tunjang sesuatu kempen berjaya.
Dalam usaha membantu masyarakat Malaysia yang memerlukan, MarhaenMY bertanggungjawab dalam membekalkan mana-mana individu/organisasi yang menggunakan perkhidmatan kami dengan kit pemasaran seperti poster kempen, ayat pemasaran yang kreatif, strategi untuk dapatkan penyumbang dengan cepat dan platform yang mesra pengguna.
Ada. Di Marhaen.my, kami telah bekerjasama dengan 'influencers' di media sosial. Kami boleh membantu anda untuk mendapatkan khidmat mereka dengan harga yang berpatutan. MarhaenMY juga akan membantu anda untuk membuat copywriting supaya mesej yang nak disampaikan kepada orang ramai lebih jelas dan mudah difahami.
Harga bagi servis kempen "Booster" tersebut adalah seperti di bawah:-
Budi Booster - RM 400
*1 copywriting
*1 post booster
Jasa Booster (weekly) - RM 1000
*3 copywriting
*3 post booster
Untuk pengetahuan semua pemohon/pemilik kempen, jika anda tidak membeli sebarang pakej "Booster" kami, kempen anda tetap akan diiklankan di media social kami, tetapi mengikut jadual dan waktu yang telah ditetapkan oleh team MarhaenMY
Toyyibpay merupakan payment gateway yang dipakai oleh platform Marhaen.my
Toyyibpay menyediakan perkhidmatan gerbang pembayaran melalui FPX kepada pemilik platform online atau website yang ingin collect duit secara atas talian.
Tanpa Toyyibpay, donors takkan boleh menyumbang ke dalam platform Marhaen.my secara online.
Sebab itu, apabila setiap transaksi berlaku, duit itu akan masuk ke dalam account Toyyibpay dahulu sebelum diserahkan kepada penerima.