PERANAN MARHAEN.MY DALAM KOMUNITI


Dalam memastikan keberadaan masyarakat Malaysia sejajar dengan usaha kerajaan dalam mewujudkan dan membangunkan komuniti yang mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, Marhaen.my bertindak sebagai salah satu medium bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Fasa pertama Marhaen.my lebih memfokuskan kepada bantuan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia, juga kepada rakyat Malaysia yang lain, secara telus dan mudah. Peranan marhaen dalam berkongsi keharmonian rakyat Malaysia termasuklah :-

1. Memastikan capaian maklumat berkenaan mana-mana kempen/program yang dianjurkan oleh Pertubuhan/Persatuan/Yayasan atau organisasi yang berdaftar, kepada rakyat di setiap pelusuk tempat dalam negara ini.

2. Memudahkan proses pemberian sumbangan/infak/dana/wakaf kepada penerima bantuan dengan mengintegrasikan fungsi pembayaran dalam talian (FPX).

3. Menjadi platform yang lebih telus dalam segenap aspek sumbangan/infak/dana/wakaf dengan memastikan penganjur setiap kempen/program di dalam platform Marhaen.my ini memuat naik status terkini sesuatu kempen/program tersebut apabila ia telah tamat untuk tatapan masyarakat umum dan pemberi sumbangan khususnya.