Cik Rabiyatul merupakan anak sulung daripada 5 beradik dan berumur lebih kurang 30 tahun. Selepas kematian kedua ibu bapa mereka di dalam sebuah kemalangan jalan raya pada 21/12/2020 adik beradik ini kehilangan sumber untuk bergantung dan menyebabkan cik rabiyatul terpaksa bekerja demi menyara adik adiknya. Adik no 2 cik rabiyatul berumur 27 tahun merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal di rumah usang itu bersama anakknya seorang berumur 4 tahun dan seorang lagi adik bongsunya yang masih bersekolah berumur 12 tahun. Adiknya hanya bekerja sebagai penjual kuih muih tetapi keadaan covid ini tidak lagi mengizinkan. Rumah ini telah usang dan teruk yang memerlukan dana lebih kurang +/-RM12000 untuk baiki tetapi untuk mendapatkan amaun yang besar dalam masa yang singkat adalah sukar buat family ini. Rumah ini pada bahagian dapur sudah usang dan tunggu masa sahaja hendak roboh . Setakat ini , dana terkumpul daripada orang yang bersedekah dan ada sedikit sumbangan dari orang ramai. Anggaran yang dibuat adalah daripada jiran beliau yang merupakan seorang kontraktor . |
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.