Adik Ammar merupakan anak bongsu daripada 5 beradik itu menghidap penyakit 'extracorporeal liver' atau hati berada di luar. Dilahirkan secara pembedahan kerana tidak cukup bulan, malah menghidap penyakit jantung berlubang ,tidak mempunyai cuping telinga kanan dan juga kemaluannya. Pendapatan yang tidak menentu sekitar RM800 sebulan sedikit sebanyak memberi tekanan dalam menyediakan kos untuk bertemu pakar perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada setiap sebulan. Kini adik Ammar sedang menunggu untuk membuat pembedahan untuk hati dan kemaluannya. Amni Qaisara, kakak kepada adik ammar turut menghidap penyakit jantung berlubang dan dia dirujuk ke Hospital Pulau Pinang setiap tahun dan HSB setiap enam bulan. Mereka mengharapkan bantuan bagi meringankan kos rawatan dan keperluan kedua-dua anaknya itu.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.