Azahairil anak sulung daripada 6 orang adik beradik itu menderita penyakit kanser usus tahap 4. Kini dia dirawat di Hospital Besar Ipoh. Azahairil yang berumur 23 tahun disahkan menghidap kanser pada bulan 4 yang lepas. Pada 3hb lepas dia ada buat scan di Hospital Kuala Lumpur dan next appointment ialah pada 15/6 ini di Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui sama ada dia perlu membuat rawatan kimo atau operation. Keadaan kini Azahairil sangat lemah. Ibunya seorang ibu tunggal, sebelum ni ibunya meniaga colek tepi jalan yang berpendapatan RM1500 sebulan tetapi kini ibunya tidak lagi berniaga kerana perlu memberi perhatian lebih kepada dia dan adiknya juga seorang OKU yang berusia 22 tahun. 3 orang anaknya masih sekolah yang berumur 17, 14 dan 9 tahun manakala bongsu umur 3 tahun. Jika anaknya perlu membuat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dia memerlukan kos sebanyak RM25k. Separuh daripada kos tersebut perlu ditanggung sendiri. 15hb ini baru tahu sama ada anaknya itu perlu ke PPUM ataupun tidak. Buat masa sekarang dia tidak mampu untuk menanggung kos ulang alik ke hospital dan juga untuk perbelanjaan bag stoma anaknya itu. Sumber pendapatannya sekarang hanya bergantung kepada orang ramai yang memberi sumbangan dan juga bantuan kebajikan masyarakat sebanyak RM450. Senarai bantuan yang diperlukan ialah bag stoma dan bantuan kewangan untuk kos ulang alik ke hospital.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.