Adik Aqilah yang berumur 2 tahun kini sedang menderita akibat retinoblastoma. Dia disahkan menghidap tumor di mata kirinya dan terpaksa dikeluarkan kerana bimbang risiko merebak ke organ lain. Pada bulan 2 yang lepas, adik aqilah telah selesai menjalani rawatan pembedahan membuat rumah mata palsu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM). Rawatan yang diperlukan oleh adik Aqilah masih lagi banyak dan yang paling hampir pada bulan 8. Awal bulan 7 ni adik Aqilah akan masuk wad untuk pemeriksaan lanjut pada mata semula dan pada bulan 8 akan menjalani MRI dan rawatan susulan akan diberitahu kemudian. Untuk peruntukan kos rawatan adik aqilah, adalah mengikut pada rawatan yangg dibuat. Buat masa ini kos yang telah dikeluarkan lebih kurang RM9000. Untuk keperluan harian aqilah, ayahnya masih boleh tanggung cuma dari segi kos rawatan selepas ini dan kos rawatan sebelum ini yang ayahnya banyak berhutang dengan adik beradik untuk membayar kos sebelum ini. Jumlah hutang yang perlu dibayar adalah dalam RM4000. Untuk MRI bulan 8 ini, kos yang diperlukan adalah lebih kurang RM1500. Kos untuk rawatan susulan yang lain selepas ini masih belum tahu amaunnya. Sebelum ini, ayahnya pernah menerima bantuan dari orang ramai lebih kurang RM5000. Anaknya yang sulung pula berumur 5 tahun.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.