Encik Mahrup kehilangan sumber pendapatan, hampir setiap hari dia usaha untuk cari keja tapi tak berhasil dengan keadaan terkini pandemik covid 19 yang setiap hari kes meningkat dan ada juga sesetengah yang tidak sanggup untuk tanggung risiko pekerja baru. Hal ini menyebabkan dia tidak dapat membayar bil rumah sewa yang tertunggak lebih kurang 4 bulan dan serta bil-bil lain yang tertunggak lebih kurang RM2500. Encik mahrup seorang perantau, sebelum ni bekerja di shah alam sebagai kelindan lori, dia anak jati Sarawak tapi disebabkan pandemik dia tidak dapat pulang. Dia menghidap darah tinggi dan perlu menanggung ayahnya yang juga menghidap penyakit darah tinggi dan dia perlukan wang utk membeli ubat-ubatan untuk dia dan ayahnya. Kos untuk ubat-ubatan dia dan ayahnya juga lebih kurang RM400. Sebelum ni, insuran syarikat yang bayar untuk kos perubatan. Namun sekrang, dia perlu tanggung sendiri kerana sudah tidak bekerja. Buat masa ni, dia hanya bergantung daripada bantuan2 kerajaan (bpr) dan jika ada kerja kosong dia buat sahaja. Dia berasa malu untuk minta bantuan namun dgn keadaan yang terdesak ini dia terpaksa. Dia betul-betul memerlukan bantuan kewangan setakat ini untuk kelangsungan hidup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.