[Cik Nurul Sazly, 19 dari Pedas,Negeri Sembilan]
Saya student daripada Kolej antarabangsa yayasan melaka, sem 3 dari course hotel management. Sebelum pkp 2021, saya tiada masalah kewangan kerana pada ketika itu mak saya masih bekerja sebagai tukang masak. Dan ketika pkp 2021 start, mak saya cuti daripada bekerja sampailah sekarang. jadi sumber pendapatan mak saya dah terputus kerana pada mulanya bos mak saya nak bukak kedai tapi disebabkan dekat kawasan tempat kerja mak saya mula ade kes covid jadi bos mak saya tak jadi nak bukak kedai makan tersebut. Mak saya seorang ibu tunggal. start saya mula belajar 100% mak saya yang tanggung dan ayah saya satu sen pun dia tak bagi duit dekat saya. jadi sekarang saya risau jikalau sem 3 ni mak saya tak mampu nak bayarkan yuran pengajian saya. Sebab kos nya yang terlalu tinggi, dengan plan data yang mahal lagi. nak beli buku buku lagi. Saya dapat ptptn tapi saya tak dapat penuh walaupun saya sebenarnya layak untuk dapat pinjaman ptptn penuh tapi disebabkan kesilapan kerani di Kolej saya jadi saya dapat separuh je. Setiap sem mak saya akan bayar lebih kurang rm2000 setiap satu sem. Tapi disebabkan online class jadi saya rasa rm1000 lebih sahaja yuran yang saya kena bayar sebab tak termasuk yuran asrama saya. Sekarang ni mak saya jual wajik, jeruk kundang dengan sambal belimbing dan sambal ikan bilis sahaja untuk menampung keluarga saya. saya ada 5 orang adik beradik. Abang dan kakak saya bukan orang senang jadi saya nak mintak tolong diaorang pun saya rasa serba salah dengan masing masing pun ade keluarga sendiri yang nak kena tanggung. Saya ade adik dua orang, sorang 18 tahu tidak bekerja dengan yang last Darjah 3. Saya bukan tak carik kerja, kebanyakkan kerja yang saya mintak semuanya tak amik pekerja baru. nak mintak jauh jauh duit minyak mak saya lagi. Saya stress. Sampaikan mak saya pernah suruh saya berhenti dari pengajian saya tapi saya taknak. Dan saya jugak taknak susahkan mak saya dengan sekarang ni mak saya sakit. Dia ade penyakit kencing manis. Setiap malam mak saya akan mengadu yang kaki dia sakit. Ni pun mak saya tengah kumpulkan duit untuk beli Ubat. Saya taktahu nak buat ape lagi. Bantulah saya .
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.