Adik Mohammad Aisy Huzaifah yang berusia 1 tahun 1 bulan disyaki menghidap Jangkitan Selaput Otak setelah beliau demam panas dan tak dapat dibawa ke klinik disebabkan kereta bapanya iaitu En.Thaqif yang rosak dan tak mampu untuk baiki. Namun pada 14 hb yang lalu, beliau seperti terkena sawan dan En Thaqif bergegas bawa adik Aisy ke hospital swasta setelah otak beliau seperti tertarik ke badan (Sawan). Adik Aisy dikomakan terlebih dahulu sebelum menjalani apa apa rawatan susulan. Rawatan yang dicadangkan pihak hospital adalah untuk mengambil air sumsum tulang untuk mengesahkan penyakit yang dihadapi oleh Adik Aisy namun semua itu bergantung kepada keadaan adik Aisy juga. Jika keadaan Adik Aisy semakin pulih, proses mengambil air sumsum tulang itu tidak perlu dijalankan. Kini, adik Aisy telah pun dipindahkan ke HKL namun masih dalam waiting list untuk menjalani apa apa rawatan . Jika di hospital swasta pula, hanya mengambil masa sebanyak 7 hari sahaja untuk melakukan apa apa prosedur. En thaqif juga mempunyai seorang lagi anak yang berusia 3 tahun dan seorang lagi masih dalam kandungan isterinya.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.